Kota Kinabalu: Seorang lelaki terpaksa mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas cincin yang dipakai tersekat di jari.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE) jam 9.51 pagi, hari ini.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai kemudiannya dikerah ke hospital berkenaan bagi membantu membuka cincin yang tersekat.
“Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Amran Lawadin bersama tiga anggota pelbagai pangkat dengan menaiki sebuah kenderaan Emergency Medical Rescue Servises (EMRS).
“Pasukan bomba kemudian bertindak dengan menggunakan peralatan khas iaitu ‘grinder’ kecil untuk memotong cincin berkenaan pada bahagian jari kelingking tangan kanan mangsa yang berusia 45 tahun,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, cincin dipakai mangsa berjaya ditanggalkan dan operasi tamat jam 11.07 pagi.
“Mangsa bagaimanapun mengalami kecederaan kecil di jari kelingking sebelah kanan,” katanya.
Tamat







