Tiga ditahan.

PAPAR: Tiga lelaki termasuk seorang pengedar ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, dalam operasi dijalankan, semalam.

Semua lelaki berusia 20 hingga 40-an itu dikesan aktif dalam menjalankan aktiviti penagihan dan pengedaran dadah di sekitar daerah Papar.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, kejayaan tangkapan ini adalah hasil usaha berterusan PDRM, khususnya IPD Papar.

Katanya, pihaknya sentiasa berusaha mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah Papar.

“Ketika ditahan, hasil pemeriksaan suspek pengedar dadah terbabit dikesan memiliki dadah seberat 10.30 gram.

“Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Batholomew berkata, dua lagi suspek disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 selepas didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methaphetamine.

Sehubungan itu, Batholomew menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah supaya disalurkan kepada pihak PDRM, IPD Papar khususnya untuk tindakan segera.

Tamat