Penampang: Tiga kenderaan, lapan rumah dan sebuah gereja dilaporkan musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Babah Bunduon, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi yang membabitkan 10 keluarga itu bagaimanapun tidak membabktkan mangsa atau kecederaan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.48 pagi.
Katanya, sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama dua jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) terus dikerah ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba api masih marak dan operasi pemadaman segera dijalankan bagi mengawal api daripada terus merebak.
“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran 91 meter dengan dua pancutan sumber air dari tangki jentera bomba,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 9.20 pagi dan punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Tamat








