agensi peneraju pengurusan bencana dan memainkan peranan yang amat penting dalam menghadapi sebarang kejadian bencana di Malaysia.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, ia adalah selaras dengan Arahan NADMA No. 1 yang berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2024 yang sebelum ini dikenali sebagai Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20.
“Ia bertujuan menggariskan Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Bencana secara menyeluruh meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian bencana,” katanya pasa sesi pertanyaan lisan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (ADUN Dilantik) yang bertanya kepada Ketua Menteri, apakah Kerajaan Negeri harus menggunapakai mekanisme oleh NADMA dalam memberikan bantuan kepada mangsa bencana alam seperti banjir di mana hanya mangsa yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diberikan sumbangan walaupun ramai mangsa yang berdaftar tetapi tidak berpindah ke PPS.
Nizam berkata, Pengurusan Bencana di Malaysia mempunyai tiga tahap iaitu, tahap 3 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dengan penglibatan pelbagai agensi yang berkepentingan (tahap 2) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan (tahap 1).
Katanya, JPBN di seluruh Malaysia adalah tertakluk dan perlu mematuhi Arahan NADMA No. 1 iaitu mangsa kejadian bencana adalah layak untuk menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000.00 dengan syarat mangsa berpindah atau didaftarkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) oleh petugas Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) di daerah masing-masing.
“Seterusnya disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan permohonan dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN),” katanya.










