PENIAGA DAN PENGUNJUNG PASAR BESAR KOTA KINABALU PATUHI ARAHAN.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
Kota Kinabalu: Pengunjung dan peniaga Pasar Besar Kota Kinabalu didapati beroperasi dalam keadaan normal dan menuruti arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Hasil pemeriksaan khas yang dijalankan bahagian penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati, suasana pasar seperti biasa dan tiada unsur pembelian panik.
Jurucakap KPDNHEP Sabah berkata, pemeriksaan membabitkan semua gerai yang menjual barangan keperluan asas harian seperti ikan, udang, sotong, ayam (beku dan segar), sayuran, beras, telur ayam dan bawang merah.
Katanya, hasil pemeriksaan yang dijalankan...
“PLEASE STAY AT HOME, THINK OF THE SAFETY OF OTHERS”, COURT ADVISES
SHAH ALAM,: “Don’t just think of yourselves, please consider the safety of others, especially the frontliners. This is a contagious disease. Don’t take this order lightly, please stay at home.”
This was the advice of Datuk Norsharidah Awang, the Shah Alam High Court Judicial Commissioner, to 17 offenders who flouted the ongoing Movement Control Order (MCO) imposed by the government from March 18, to contain COVID-19.
Norsharidah said this in her ruling today on the applications made by the 17 individuals for a revision of the 14-day jail sentence they...
FIVE MALAYSIAN TOURISTS STILL STRANDED IN ECUADOR, SAYS EMBASSY
KUALA LUMPUR: The Malaysian Embassy in Chile has confirmed that there are currently five Malaysians – all of them tourists – stranded in Ecuador due to the travel restrictions imposed to contain the COVID-19 global pandemic.
The Consular Section of the embassy said all of them are still in Quito as there are no outbound flights from there at the moment.
“In the meantime, the embassy continues to be in contact with them, (and) to be kept abreast of their health and well-being...
KKMM BUAT 167 PENAFIAN BERITA PALSU COVID-19
KUALA LUMPUR: Sebanyak 167 penafian berita palsu berhubung wabak COVID-19 dan hal-hal berkaitan jangkitan itu telah dibuat Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) setakat hari ini, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) KKMM Shakib Ahmad Shakir.
Beliau berkata sejak pasukan itu ditubuhkan pada 16 Mac lepas, secara purata, pasukan itu menerima antara enam hingga sembilan berita palsu dalam sehari.
“Sebagai contoh, sehingga semalam kita buat sebanyak 159 penafian, dan hari ini mencecah 167 pemakluman berita palsu telah dibuat.
“Ini menunjukkan...
LEBIH 1.9 JUTA PENDUDUK DUNIA KINI DIJANGKITI COVID-19
ANKARA: Kes jangkitan COVID-19 global sudah melepasi 1.9 juta pada Isnin dengan angka korban mencecah 118,459 orang manakala pesakit yang sembuh seramai 446,002, lapor agensi berita Anadolu memetik Johns Hopkins University.
Dengan sejumlah 1,904,566 kes direkodkan di seluruh dunia, setengah juta jangkitan dicatatkan di AS - lebih 572,000 kes.
AS juga mencatatkan jumlah korban teramai melebihi 23,000 orang selain menjadi pusat penularan wabak baharu, disusuli Itali dengan 20,465 kematian.
Sepanyol pula negara kedua melaporkan kes tertinggi, 169,496. Sementara China, dengan 3,345 kematian...
COVID-19: JANGAN HANYA NILAI SITUASI BERDASARKAN JUMLAH KES
KOTA KINABALU: Orang awam khususnya di Sabah, dinasihatkan untuk tidak menilai situasi COVID-19 berdasarkan jumlah kes sahaja, sebaliknya perlu melihat kepada risiko transmisi wabak berkenaan, kata Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Christina Rundi.
Mengambil perbandingan kes COVID-19 di Tawau dan Kota Kinabalu, beliau berkata situasi kedua-dua daerah itu yang masing-masing mencatat 79 dan 39 kes, adalah berbeza.
Katanya, kira-kira 95 peratus kes di Tawau tertumpu kepada kluster tabligh, manakala di Kota Kinabalu hanya 62 peratus kluster tabligh dan 25 peratus adalah kes sporadik.
“Pengurusan kes sporadik lebih mencabar untuk mengenal...
LEBIH 1,000 SEKOLAH DI VANUATU ROSAK DI BADAI SIKLON HAROLD
SUVA: Kira-kira 1,010 sekolah di Vanuatu rosak selepas Siklon Tropika Harold membadai negara itu pada awal minggu lepas, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut akhbar harian Daily Post pada Selasa, Kementerian Pendidikan dan Latihan (MOET) berkata pihaknya sedang menilai sejauh mana kerosakan terhadap sekolah-sekolah berkenaan.
Majlis Menteri-Menteri (COM) meluluskan sekolah di wilayah Shefa dan Tafea boleh kembali beroperasi seperti biasa pada 14 April.
Bergsman Lati, ketua pengarah MOET, berkata pihak pengurusan sekolah diberikan masa sehingga hujung minggu ini untuk menyediakan pelan pengurusan...
LELAKI SELUDUP ROKOK DITAHAN KETIKA OP COVID-19
BAGAN SERAI: Tindakan seorang lelaki cuba menyeludup 71 kartun rokok pelbagai jenama bernilai RM4,500 membawa padah apabila ditahan dalam sekatan jalan raya Op COVID-19 di susur keluar plaza Tol Alor Pongsu, semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata lelaki berumur lingkungan 30an itu ditahan sebaik kereta dipandu suspek melepasi susur keluar plaza tol berkenaan kira-kira 4.30 petang.
Beliau berkata semasa diperiksa oleh anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menemukan 71 kartun rokok dalam but belakang kereta jenis Nissan Sentra.
“Kita masih menyiasat di mana...
Kanak-Kanak Tersangkut Di Lubang Tandas.
Fardy Bungga
asiatimeskk.com
KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun terpaksa menahan kesakitan lebih dua jam selepas kaki kirinya tersangkut di lubang tandas, di rumahnya di Tanjung Aru, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan mahu membuang air kecil sebelum tergelincir dan terus terperangkap di lubang tandas berkenaan.
Sebaik menyedari kejadian itu, keluarga mangsa segera menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.
Penolong Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Zon Kota Kinabalu, Zico Mojib berkata,...
KEDAI GUNTING RAMBUT, SALUN, BAZAR RAMADAN TIDAK DIBENAR BEROPERASI SEPANJANG PKP
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan kedai gunting rambut, salon kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Selain itu, Perdana Menteri turut memutuskan semua bentuk bazar Ramadan juga tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Keputusan itu dimaklumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hariannya selepas selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP di sini, hari ini.
“Kerajaan telah mendengar pandangan...



















