Bayi Perempuan Lahir di Dataran Todak.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
KOTA KINABALU: Hari pertama penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3, mencatatkan sejarah apabila seorang wanita terpaksa melahirkan anak perempuannya di Dataran Todak, malam tadi.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Pahmah Nastih, 38, yang tinggal di Kampung Kasuapan, Pulau Gaya, dikatakan tidak sempat dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas selepas mengadu sakit perut.
Menceritakan kejadian itu, abang ipar Pahmah, Halilih Ladjahali, 50, berkata, sebelum kejadian mereka sekeluarga sedang berehat di rumah.
Bagaimanapun katanya, Pahmah tiba-tiba mengadu rasa...
Penerima Bantuan Dinasihatkan Supaya Mengamalkan Jarak Selamat.
Photo and Video By: CV Chong
asiatimeskk@gmail.com
Kota Kinabalu: Bantuan agihan bekalan sayur yang disampaikan Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam, di empat lokasi hari ini, menarik ratusan orang awam hadir seawal jam 8 pagi tadi.
Namun disebalik pemberian sayur-sayuran secara percuma itu, apa yang membimbangkan adalah sikap orang awam yang tidak mengamalkan jarak selamat.
Tinjauan di lokasi mendapati, walaupun beberapa petugas cuba mengawal orang ramai yang hadir namun tiada inisiatif amalan pencegahan Covid-19 disediakan termasuk ujian suhu badan dan sanitasi tangan.
Acara pemberian...
Pergerakan Penduduk Pulau Gaya ke Kota Kinabalu Diperketatkan.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
KOTA KINABALU: Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi penduduk Pulau Gaya ke Pasar Besar Kota Kinabalu diperketatkan sebagai langkah mengawal penularan wabak Covid-19.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan untuk membenarkan hanya dua bot beroperasi bagi setiap kampung di pulau berkenaan.
Katanya, penumpang bot berkenaan pula perlu dibuat saringan oleh penghulu kampung masing-masing mengikut keperluan dan kesesuaian.
"Operasi bot terbahagi kepada dua tempoh masa iaitu enam bot untuk tiga kampung pada jam 9pagi...
REMAJA BELI BARANGAN RUNCIT DENGAN WANG PALSU
KUANTAN: Gara-gara membeli barangan runcit dengan menggunakan wang palsu, seorang remaja berusia 20 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menggunakan dua keping wang kertas RM100 palsu, bulan lalu.
Tertuduh Areez Petra Tee, dari Lorong Setail, di sini, membuat pengakuan tersebut sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Mengikut pertuduhan, tertuduh, yang bekerja sebagai tukang urut, didakwa menggunakan wang palsu itu sebagai tulen di sebuah kedai runcit di Batu 5, Jalan Gambang, di sini,...
DADAH DALAM ROTI CANAI: LIMA INDIVIDU TERMASUK PELAJAR KOLEJ SWASTA DITAHAN
KUALA LUMPUR: Lima individu termasuk seorang pelajar kolej swasta ditahan susulan penemuan dadah disyaki ganja dalam bungkusan roti canai dibawa penghantar makanan di sini, pada Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata tiga lelaki dan dua wanita itu ditahan dalam operasi lebih lima jam bermula 8.30 malam tadi di Setiawangsa dan Bangsar di sini.
Katanya, pelajar kolej swasta berusia 19 tahun yang memesan bungkusan makanan itu ditahan di Setiawangsa di sini dan suspek didapati positif dadah.
“Dua lagi lelaki ditahan...
MEKANIK JADIKAN BENGKEL MOTOSIKAL SEBAGAI SARANG DADAH
KANGAR: Taktik berselindung di sebalik perusahaan bengkel motosikal di Kampung Permatang Keriang, Kuala Sanglang dekat sini bagi mengaburi mata polis ternyata gagal apabila aktiviti pengedaran dadah itu ditumpaskan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, DSP Mohd Anuar Jusoh berkata pihaknya menahan seorang pengedar dadah dan seorang pembeli dadah masing-masing berusia 31 dan 28 tahun sedang membuat urus niaga dadah kira-kira pukul 5.40 petang semalam.
“Hasil serbuan polis, menjumpai satu paket plastik berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 51 gram dan wang tunai berjumlah RM1,159.00 di ruang pejabat bengkel...
PASAR BESAR KOTA KINABALU AKAN DILENGKAP TEROWONG SANITASI- DBKK.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
Kota Kinabalu: Pasar Besar Kota Kinabalu akan dilengkapi dengan terowong sanitasi dalam usaha untuk mengawal penularan wabak Covid-19, di daerah ini.
Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman berkata, terowong sanitasi itu akan dipasang di kawasan tumpuan termasuk pintu utama pasar besar berkenaan untuk pengunjung dan peniaga.
Katanya, DBKK juga sudah menetapkan pembinaan terowong sanitasi otomatik di pintu masuk jeti pengangkutan bot untuk penduduk Pulau Gaya.
“Selain di jeti dan beberapa lagi kawasan di pasar besar ini, DBKK juga akan memasang...
Operasi Buru Tujuh Tahanan PTS Diperhebatkan.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
Kota Kinabalu: Polis daerah ini percaya tujuh tahanan Pusat Tahanan Sementara (PTS) Manggatal, di sini, yang melarikan diri, Ahad lalu, masih berada di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, walaupun fokus diberikan kepada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun polis tidak akan mengabaikan perkara itu dan terus memperhebatkan usaha memburu semua suspek yang masih bebas.
Katanya, polis masih berusaha mengesan semua suspek terbabit dan berharap orang ramai memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat.
“Pihak polis...
Penduduk Pulau Gaya Lebih Berhati-Hati.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
KOTA KINABALU: Penduduk di Pulau Pondo, Pulau Gaya, di sini, lebih ‘berhati-hati’ selepas berita mengenai mayat lelaki yang ditemui tergantung di pokok di kawasan kampung berkenaan, 6 April lalu, disahkan positif.
Tinjauan mendapati penduduk yang tinggal berhampiran kawasan mayat berkenaan ditemui rata-rata memilih untuk berada di dalam rumah bersama ahli keluarga masing-masing.
Seorang penduduk dikenali sebagai Rodey Toleh, 32, berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dia bersama isteri dan tiga anaknya jarang untuk keluar kecuali untuk mendapatkan bekalan makanan.
Katanya,...
Kesesakan Sekitar Pusat Bandaraya Cetus Kebimbangan Ramai
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
KOTA KINABALU: Kesesakan hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua di sekitar bandaraya ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna sosial media.
Kesesakan jalan raya yang luar biasa sejak pagi tadi disebabkan orang ramai keluar rumah secara beramai-ramai tanla diketahui tujuan mereka.
Menerusi gambar dan video yang dikongsikan di beberapa laman Facebook menyaksikan ramai pengguna jalan raya membanjiri jalan sekitar pusat bandaraya seawal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesesakan dipercayai berlaku susulan masyarakat yang...


















