BM/ENG NEWS

PKP: EMPAT WARGA ASING DIDENDA RM1,000 KELUAR GUNTING RAMBUT

KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu memotong rambut di sebuah kedai gunting rambut, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua, empat lelaki warga India dan Myanmar masing-masing didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini. Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu ke atas Nur Salam Nur Alam, 22, Roka Dhaniram , 23, Shankaralingam Prabaharan, 36, dan Thanga Raja, 33, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadap mereka. Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara tiga bulan,...

9 Lagi Ditahan Langgar PKP

Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com Kota Kinabalu: Sembilan lagi individu ditahan dalam operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga yang dijalankan sekitar ibu negeri, semalam. Operasi berkenaan diketuai Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob selaku Pegawai Medan Operasi bersama tujuh pegawai dan 38 anggota. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi tertumpu di Bandaraya Kota Kinabalu dan beberapa lokasi sekitar termasuk Salut Commercial Centre Sepanggar, Pekan Telipok, Penempatan Telipok, Pekan Menggatal dan Pekan Inanam. Katanya, hasil operasi ini, sembilan orang awam...

SCCC Sumbangkan Bantuan Makanan Kepada Parlimen Sepanggar.

  Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com Kota Kinabalu: Dewan Perniagaan Cina Sabah (SCCC) menyumbangkan 100 beg bantuan makanan dan 2,000 topeng muka kepada Parlimen Sepanggar untuk diedarkan. Bantuan yang berbentuk bahan makanan asas itu termasuk beras, minyak masak, tepung dan gula serta 1,050 kilogram ikan basung. Semua sumbangan berkenaan diberikan bagi membantu meringankan bebanan masyarakat yang kurang bernasib baik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Azis Jamman berkata, beliau amat berterima kasih kepada SCCC kerana bermurah hati menyampaikan sumbangan berkenaan. Katanya, beliau berharap akan...

Warga Emas Ditemui Tinggal Tulang.

Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com Beaufort: Seorang lelaki terkejut selepas melihat abang kandungnya yang tinggal sebatang kara ditemui tinggal rangka di rumahnya, Batu 3, Kampung Padas Valley, di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, lelaki berusia 65 tahun terbabit dikatakan pergi ke rumah abangnya kira-kira 50 meter dari rumahnya untuk menghantar makanan. Bagaimanapun, sebaik masuk ke rumah berkenaan ke rumah, dia terkejut apabila melihat mayat tinggal rangka yang dipercayai abang kandungnya. Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, mangsa yang...

Premis Judi Online Dikesan Beroperasi Dalam Tempoh PKP.

  Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengesan lapan premis penjualan prabayar judi atas talian cuba beroperasi dengan berselindung disebalik perniagaan kedai runcit. Semua lapan premis ini dipercayai ‘berdegil‘ menjalankan operasi untuk mengaut keuntungan dengan mengambil kesempatan mengisi masa lapang pemain judi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman berkata, semua premis berkenaan terus diarahkan tutup dan telah dirujuk kepada pihak polis. Katanya, lapan premis yang dikesan membabitkan lima di sekitar Inanam dan masing-masing satu...

Dua Wanita Ingkar PKP Ditahan.

Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com SIPITANG: Dua wanita ditahan selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam pemeriksaan di Jalan Batu 7, Sindumin, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 3.30 petang, kedua-dua wnaita berusia 27 dan 37 tahun ditahan oleh Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh sendiri ketika bersama pasukannnya menjalankan tugas pemantauan Op Covid-19. Champin ketika dihubungi berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek wanita itu menaiki kereta jenis Perodua Viva menghala dari Kampung Batu 1 ke kawasan Projek Ammonia dan Urea Sabah (SAMUR),...

52 Ditahan Hari Pertama PKP Fasa 3.

Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com Kota Kinabalu: Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah memasuki fasa 3, namun masih terdapat segelintir masyarakat yang masih ingkar terhadap penguatkuasaan undang-undang berkenaan. Pelbagai alasan digunakan untuk melepaskan diri dari ditahan, namun ketegasan pihak polis terbukti dengan penahanan 52 individu pada hari pertama PKP fasa 3. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, polis yang membuat sekatan jalan melakukan pemeriksaan ketat bagi mengelakkan masyarakat mengambil kesempatan melanggar arahan PKP sesuka hati. Katanya, sebaik memasuki fasa baru ini, Ibu...

SABAH SEDANG SEDIAKAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah sedang menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi bertujuan merangsangkan pertumbuhan dan mengukuhkan lagi daya tahan ekonomi negeri berikutan  penularan wabak COVID-19, kata Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin. Beliau berkata, objektif utama pakej kedua berkenaan adalah untuk menyuntik keyakinan para pelabur dan komuniti perniagaan terhadap pertumbuhan ekonomi negeri sebaik sahaja tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir. “Kerajaan perlu membantu para pelabur dan komuniti perniagaan bukan sahaja dalam usaha pemulihan, tetapi juga untuk memastikan perkembangan dan kesinambungan halatuju...

SABAH KOMITED TERUSKAN POLISI 30 PERATUS HUTAN SEBAGAI TPA MENJELANG 2025

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah komited untuk meneruskan polisi agar kawasan hutan yang mempunyai nilai biologi yang tinggi dijadikan Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA) tidak kurang daripada 30 peratus daripada keluasan negeri menjelang tahun 2025, kata Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin. Beliau berkata setakat ini, keluasan hutan yang telah diisytiharkan sebagai TPA telah mencapai 1.9 juta hektar atau 25 peratus daripada keluasan negeri ini. “Pencapaian ini menjadikan Sabah sebagai negeri yang mempunyai kawasan TPA terbesar di Malaysia. Di samping itu, kerajaan negeri juga...

REMAJA LELAKI ‘HANTAR’ MAYAT KEKASIH DIDAKWA LANGGAR PKP

ROMPIN: Pelajar tingkatan lima yang 'menghantar' pulang mayat kekasihnya selepas terlibat dengan kemalangan motosikal Ahad lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tertuduh yang beralamat di Felda Keratong 5 di sini, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad. Remaja lelaki itu, didakwa melanggar PKP pada 3 pagi, 12 April lepas dengan bergerak dari rumahnya ke Kilometer 127 Jalan Kuantan-Seremban di sini, iaitu lokasi dia terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kekasihnya maut.  Pertuduhan...

最新上载