LABUAN: AJK Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas Labuan yang diketuai oleh pengerusinya, Dahlan Kassim telah menyalurkan sumbangan dan derma daripada ahli ke Pusat Jagaan Anak Yatim dan Asnaf Kg Silad, Ranau baru-baru ini.
Sumbangan berupa sejadah, pakaian, beras, makanan serta wang tunai.
Turut menyampaikan sumbangan, ialah penyelaras badan NGO Thirdforce Labuan Mohd Rizal Abdullah yang turut serta dalam program ini.
Pengasas Pusat Jagaan Anak Yatim dan Asnaf Kg Silad, Ustaz Mohd Hainin melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas lawatan dan bantuan yang diberikan kapada anak-anak yatim dan asnaf di sini.
Matlamat utama program ini adalah untuk memupuk semangat kasih sayang, kerjasama, tanggungjawab antara komuniti bukan saja untuk warga emas tetapi juga pada anak-anak yatim dan asnaf.
Pengerusi PAWE Labuan mengucapkan terima kasih atas semua sumbangan yang telah diberikan.









