Oleh JAMES LEONG
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin Sabah berjaya menggagalkan satu lagi cubaan menyeludup rokok di perairan Pulau Tetagan dekat sini malam Isnin.
Operasi yang dijalankan pada jam kira-kira 10.05 malam itu dilakukan susulan maklumat awam.
Pasukan rondaan mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan sebelum melakukan pemeriksaan.
Hasil pemeriksaan menemukan seorang lelaki tempatan yang dipercayai cuba membawa masuk rokok seludup dari negara jiran melalui laluan laut.
Polis Marin merampas 250 karton rokok jenama L3 Menthol yang disembunyikan dalam lima guni di atas bot berkenaan.
“Polis Marin akan terus meningkatkan rondaan serta memperkukuh usaha risikan bagi memastikan perairan negara kekal selamat dan bebas daripada aktiviti penyeludupan yang boleh menjejaskan keselamatan serta ekonomi negara,” tegas Pemangku Komander Polis Marin Sabah, Supt Jaffri Bidin.
Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

dirampas Polis Marin Sabah dalam operasi di perairan Semporna malam Isnin.






