KKAB UMSKAL julang SUKOL Pantai UMS 2025

LABUAN: Kolej Kediaman Alpha Beta (KKAB) Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) muncul juara keseluruhan Karnival Sukan Pantai Kolej Kediaman (SUKOL) UMS 2025.
KKAB meraih dua emas menerusi acara Bola Tampar Pantai 3 On 3 Wanita dan Bola Sepak Pantai 4 On 4 Lelaki.
Kolej berkenaan memenangi satu perak menerusi acara Bola Tampar Pantai 3 On 3 Lelaki.
Naib juara keseluruhan dimenangi Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) dengan 1 emas, 2 perak dan 2 gangsa dan tempat ketiga Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) 1 emas, 2 perak dan 2 gangsa.
Dalam acara Bola Tampar Pantai 3 On 3 Wanita, pingat perak dimenangi KK Non Resident (KKNR).
Manakala gangsa bersama diraih KK Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) dan KK Kingfisher USIA 1B (KFUIB).
KK Tun Mustapha (KKTM) memenangi emas acara Bola Tampar Pantai 3 On 3 Lelaki. Manakala perak diraih KK Alpha Beta (KKAB).
KK Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) dan KK Tun Fuad (KKTF) memenangi gangsa bersama.
Acara Bola Jaring Pantai 3 On 3 Wanita menjadi milik KK Tun Fuad (KKTF) diikuti KK Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR). Gangsa bersama dimenangi KK Lestari Sandakan (KKLS) dan KK Tun Mustapha (KKTM).
KK Kingfisher USIA 1B (KFUIB) menjuarai acara Bola Jaring Pantai 3 On 3 Lelaki manakala perak dimenangi KK Tun Mustapha (KKTM). Pingat gangsa pula diraih KK Lestari Sandakan (KKLS).
Juara acara Bola Sepak Pantai 4 On 4 Wanita disandang KK Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) dan kedua KK Tun Mustapha (KKTM).
Sementara KK Kingfisher USIA 1B (KFUIB) menduduki tempat ketiga.
KK Alpha Beta (KKAB) muncul juara acara Bola Sepak Pantai 4 On 4 Lelaki manakala KK Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) meraih tempat kedua.
Tempat ketiga bersama dimenangi KK Lestari Sandakan (KKLS) dan KK Tun Mustapha (KKTM).
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr. Raman Noordin menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Karnival Sukan Pantai Kolej Kediaman (SUKOL) UMS 2025 berlangsung di Gelanggang Pantai UMSKAL pada 23 – 25 Mei 2025.
Pusat Sukan UMS selaku penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai, kakitangan, pelajar dan sukarelawan yang menjayakan SUKOL Pantai UMS 2025.

JUARA KESELURUHAN …. Dr. Raman (kanan) dan Ahmadi (kiri) bersama kontinjen Kolej Kediaman Alpha Beta UMSKAL yang muncul juara keseluruhan Karnival Sukan Pantai Kolej Kediaman UMS 2025.