Sekumpulan Penghuni Depoh Tahanan Imigresen Merusuh.


Kota Kinabalu: Sekumpulan penghuni Depoh Tahanan Imigresen Manggatal, di sini, dilaporkan merusuh selepas tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan balik untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, keadaan bagaimanapun berjaya dikawal selepas pasukan Unit Tempur Ringan (LSF), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dikerah dilokasi kejadian.

Katanya, ekoran kejadian itu, tiada sebarang kecederaan atau tahanan berjaya meloloskan diri dilaporkan.

“Kita cuma dimaklumkan terdapat beberapa kerosakkan dalam kejadian berkenaan yang hanya membabitkan sebuah blok.

“Siasatan awal, kita percaya kebanyakan penghuni tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan pulang menjelang hari raya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hazani berkata, individu yang terbabit dalam rusuhan berkenaan sudah ditahan untuk siasatan lanjut.

Tamat