Penampang: Seorang lelaki maut selepas dihempap trak lori yang rebah secara tiba-tiba ketika sedang membaikpulih enjin lori berkenaan di Jalan Bundusan, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, mangsa berusia 58 tahun terbabit disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius dihempap “Hydraulic Dump” berkenaan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.23 pagi.
Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya dilokasi kejadian, mangsa masih terperangkap di bahagian enjin lori 10 tan berkenaan dan operasi mengeluarkan mangsa terus dijalankan,”katanya.
Ikuti laporan selanjutnya menerusi akhbar Asia Times Pulse..








