Lelaki maut terjatuh dari tingkat 5 bangunan pusat beli belah.

Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan pusat beli belah berkenaan.

Kita Kinabalu: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan pusat beli belah di Jalan Lapan Belas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, insiden berkenaan turut mengemparkan orang ramai yang kebetulan berada berhampiran lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa berusia 37 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai terjatuh dan ditemui dalam keadaan meniarap di luar perkarangan bangunan berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut di tingkat lima tueut menemui sepasang selipar dipercayai milik mangsa di tingkat lima bangunan berkenaan.

“Mangsa mengalami parah di kepala dan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, siasatan berhubung kejadian berkenaan sedang dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tamat