LABUAN: Seramai 35 ahli Pertubuhan Peladang Labuan Utara (PPKLU) telah Hadir dalam Program Iftar Ramadan membuat soto ayam.
Program ini adalah program tahunan yang dibuat oleh Peladang Labuan Utara yang diketuai oleh Noraini dan kumpulan beliau, untuk dikongsikan kepada penduduk Labuan dengan cara pandu lalu.
Turut hadir Pengurus Besar PPKLU Paimin, AJP Mohd Rizal dan beberapa kakitangan.
Sebanyak 500 pek soto ayam telah diagihkan kepada pengunjung seawal jam 2.00 hingga 3.00 petang.
Dalam pada itu, Pertubuhan Peladang Labuan Utara Ganggarak/ Merinding, AJK Masjid dan Pamula telah hadir dalam Program
Iftar Ramadan untuk menyediakan bubur kacang pada pagi Ahad di Masjid Nur Iman Kg Ganggarak.
Menurut Mohd Rizal Abdullah, program ini adalah program tahunan yang dibuat bersama Pengerusi Masjid Nur Iman Kg Ganggarak,Iswandy Ghani dan Pengerusi Pamula Ust.Syafiq Zainol.
Juadah kemudian dikongsikan kepada penduduk Labuan dengan cara pandu lalu.
Sebanyak 500 pek bubur kacang telah diagihkan kepada pengunjung seawal jam 4.00 hingga 5.00 petang.







