25 anak-anak staf jayakan Majlis Khatam Al Quran Pusat Koreksional Labuan

LABUAN: Seramai 25 orang peserta yang juga anak-anak staf Pusat Koreksional, Jabatan Penjara W.P Labuan telah menyertai Majlis Khatam Al Quran Pusat Koreksional, Jabatan Penjara Wilayah Persekutuan Labuan di Surau Fath Al Bari Pusat Koreksional Labuan pada Sabtu lalu.
Program anjuran Unit Agama Pusat Koreksional, Jabatan Penjara W.P Labuan itu dihadiri Timbalan Pengarah Koreksional Labuan, Tamrin Tang yang juga Timbalan Pengerusi Surau.
Penyelaras program, Ustaz Syzreel Junit berkata aktiviti yang diadakan ialah Majlis Khatam Al Quran beramai-ramai, penyampaian cenderamata kepada imam, bilal dan peserta tadarus al Quran semasa Ramadan.
Turut diadakan makan nasi pulut secara berjemaah selepas selesai Majlis Khatam Al Quran.
Syzreel berharap semoga anak-anak dan staf sentiasa menanam sikap menyanjungi  dan memuliakan al Quran.
Pada masa sama, menyemai minat dalam kalangan anak-anak staf untuk mencintai al Quran.
“Menerusi program itu, anak-anak berkeyakinan dengan bacaan dan penguasaan al Quran serta melazimkan dalam kehidupan mereka,”katanya.
Beliau yang juga pengerusi surau tidak lupa mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pegawai dan staf yang menjayakan program yang bermanfaat itu.

KENANGAN …. Tamrin dan Ustaz Syzreel (tujuh kanan) bergambar kenangan bersama peserta Khatam Al Quran.