KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag menghadiri majlis sambutan Hari Raya yang dihoskan Yang Dipertua Negeri Sabah, Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tusin di Istana Seri Kinabalu.
Pada sebelah pagi, Hajiji dan Musa bersama-sama umat Islam menunaikan solat Sunat Aidilfitri di Masjid Negeri.
Turut hadir di Istana Seri Kinabalu, Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya, para Menteri Kabinet, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan para pembantu menteri.
Pada sebelah petangnya, Ketua Menteri telah menganjurkan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri untuk masyarakat setempat di kediamannya di Kampung Serusup Tuaran.


HAJIJI bersama tetamu di rumah terbuka Aidilfitrinya di Kampung Serusop, Tuaran.





