Raptor’s juara Bola Jaring Raya Cup 2025

LABUAN: Pasukan Raptor’s muncul juara di Kejohanan Bola Jaring Raya Cup 2025 selepas menewaskan lima pasukan lain.
Pasukan Raptor’s yang dibimbing jurulatih Nurazwati  Abdul Aziz dibarisi enam pemain dari SSN Mutiara iaitu Noraina  Muslimin, Nurul Farzana Neliessya  Ismail, Anis Atika  Samsuddin, Siti Atiah  Yusof, Nur Nelam Umairah  Sazali dan Dayang Nurul Syafiqah  Awang Nasir.
Manakala tiga lagi pemain dari SMK Rancha-Rancha iaitu Amanda Qistina Jeri, Nur sorfina Safwah  Sanusi dan Ramziyah Sunniyah Ahmad Fadly.
Seorang lagi pemain luar iaitu Kharemahtun  Dollah. 
Raptor’s berjaya mengalahkan kelima-lima pasukan yang bertanding dengan jumlah mata terkumpul 15.
Pasukan itu menewaskan pasukan The Gems 8-4, KVL B 12-3, Raptor’s Junior 8-4, ILP Labuan 11-5 dan KVL A dengan jumlah jaringan 18-1.
Nurazwati yang juga pengurus pasukan memanjatkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada semua pemain Raptors dan Raptor’s Junior yang menunjukkan semangat juang yang tinggi.
Semua pemain memberikan saingan yang sengit sehingga mampu bergelar juara.
Saya berharap pemain mengekalkan stamina untuk menghadapi pertandingan akan datang.
Perlawanan diadili oleh pengadil bertugas iaitu Sunarni Suyut dan Sauneh Maloi. 
Naib juara dimenangi pasukan The Gems dan ketiga KVL B.
Tempat keempat pasukan Raptor’s Junior diikuti tempat kelima pasukan ILP Labuan dan keenam pasukan KVL A. 
Kejohanan anjuran bersama Kolej Vokasional Labuan (KVL), Pusat Latihan Daerah (PLD) Labuan dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan berlangsung di Dewan Arena SSN SMK Mutiara.
Majlis perasmian disempurnakan Pengarah Kolej Vokasional Labuan, Nordin Akup.
Katanya, perlawanan itu sebagai persediaan ke Kejohanan Sukan Kolej Vokasional (SUKOV) Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berlangsung pada 13 hingga 17 April.
Selain itu, untuk memberi ruang persiapan kepada pasukan yang akan mewakili institusi masing-masing ke Kejohanan PLD Zon Sabah dan Kejohanan Sukan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia Wilayah Timur di Sandakan pada 21 hingga 25 April 2025.
Turut hadir Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ts. Irwan Maidin dan Ketua Jaminan Kualiti, Hazimah Awang Damit.

TAHNIAH …. Nordin (tujuh kanan) menyampaikan hadiah kepada pasukan Raptor’s yang muncul juara Kejohanan Bola Jaring Raya Cup 2025.
PASUKAN BERTANDING ….. Semua pasukan yang bertanding bergambar kenangan bersama Nordin (tengah).