LABUAN: Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun (SKSB) terus menampilkan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum apabila berjaya mencatat keputusan membanggakan dalam Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan (MSSWPL) 2025 yang diadakan di Padang Majal Pohon Batu, baru-baru ini.
Menerusi penyertaan dalam dua kategori iaitu Lelaki 12 Tahun dan Perempuan 12
Tahun, pasukan SKSB berjaya menduduki tempat ke-6 keseluruhan dalam kategori
L12 dan tempat ke-7 dalam kategori P12, satu pencapaian yang amat membanggakan bagi sekolah ini.
Lebih membanggakan, murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SKSB, Aqeel Amry Asman,
berjaya meraih pingat emas dalam kategori Lelaki 12 Tahun PPKI, sekali gus mengharumkan
nama sekolah dalam kalangan murid berkeperluan khas.
Pasukan SK Sungai Bedaun dibarisi Pengurus, Jovieanny Oh bersama enam Jurulatih yang diketuai Norfazlie Naji, Muhammad Iqbal Asjad Zamri, Zuhairah Mahmud, Nur Hidayah Abdullah, Nur Farhana Roziman dan Rashidah Awang Sah (PPKI).
Guru Besar SKSB, Haji Adam Abd Rahim, menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti usaha
berterusan warga sekolah dalam membina sahsiah murid seimbang dari segi akademik dan
kokurikulum.
“Kejayaan ini tidak datang dengan mudah. Ia adalah hasil latihan yang konsisten, semangat
juang yang tinggi dalam kalangan murid serta sokongan berterusan daripada guru-guru dan
ibu bapa.
Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua barisan pentadbir, jurulatih dan guru-guru serta atlet yang mengambil bahagian.
Pasukan SKSB berikrar akan terus memberikan yang terbaik dalam kejohanan akan datang
dengan semangat ‘SKSB Cakah!’.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan W.P. Labuan, Awang Marten Datuk Haji Abdul Rahman.


Berkeperluan Khas Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.








