Kejohanan Badminton WCBF 2025
SIBU: Kejohanan Badminton anjuran World Chinese Badminton Federation (WCBF) yang berlangsung di Dewan Badminton St Joseph, Sibu, dari 7 hingga 9 November 2025 menyaksikan penyertaan meriah daripada pemain tempatan dan antarabangsa.
Kejohanan yang menampilkan 16 acara itu menarik minat peserta dari China, Indonesia, Amerika Syarikat, Brunei, Kanada, Singapura, Australia serta beberapa negeri di Malaysia.
Tahun ini juga mencatat pertambahan penyertaan dengan 494 pemain berentap untuk merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan.
Kelab Sabah (KK) Malaysia turut mencatat keputusan membanggakan di mana pingat emas diraih menerusi beregu lelaki (Umur 90 tahun), gandingan Faisal Sayuati / John William.
Manakala pingat gangsa diraih menerusi beregu wanita (55–59 tahun), gandingan Datin Rita Mujim / Emis Sulili, beregu wanita (110 tahun), gandingan Datin Rita Mujim / Emis Sulili, beregu wanita (50–54 tahun), gandingan Buati Nian / Kelasan Marin dan menerusi beregu lelaki (45–49 tahun), gandingan John William / Robert Gilung.
Presiden Kelab Sabah (KK) Malaysia, S.M. Lee, merakamkan penghargaan kepada semua pemain atas persembahan cemerlang yang sekali lagi mengharumkan nama Sabah di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata kelab berkenaan yakin dapat meneruskan penyertaan dalam kejohanan antarabangsa lain pada tahun hadapan, termasuk Taiwan Morning Cup, China Open dan Asia Pacific Games, dengan harapan membawa pulang keputusan yang lebih baik.

ALBUM … Gandingan John William/Robert turut meraih gangsa merakamkan albun kenangan.







