KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan sumbangan berjumlah RM4.17 juta daripada POIC Sabah Sdn Bhd kepada Kerajaan Negeri dalam satu majlis di Menara Kinabalu.
Jumlah berkenaan merangkumi sumbangan RM2 juta kepada Kerajaan Negeri serta RM2.17 juta bagi bayaran balik pinjaman Persekutuan untuk tahun 2025.
Pengerusi baharu POIC Sabah Sdn Bhd, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, menyempurnakan penyerahan simbolik cek olok-olok kepada Timbalan Setiausaha Tetap Kewangan Negeri, Chee Shok Ting.
Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Datuk Thomas Logijin; serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan POIC Sabah, Datuk Fredian Gan.-Oleh Wu Vuide.

SAKSIKAN …. Hajiji menyaksikan penyerahan cek olok-olok daripada Madius (tiga dari kanan) kepada Chee (dua dari kiri) di Menara Kinabalu.






