Victor sampaikan 150 keping zink kepada 10 keluarga Kg Tangaban

TAMBUNAN: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tambunan, Datuk Victor P. Paut menyampaikan sumbangan 150 keping zink kepada 10 keluarga di Kampung Tangaban, di sini.
Sumbangan itu merupakan antara komitmen yang pernah dijanjikan beliau sebelum pilihan raya lalu. Walaupun tidak berjaya dalam pilihan raya berkenaan, beliau tetap menunaikan janji sebagai manifestasi kepimpinan berintegriti.
Penyerahan bantuan disampaikan sendiri oleh beliau dalam satu majlis ringkas yang turut disaksikan jawatankuasa PGRS yang mengiringinya. Setiap keluarga menerima 15 keping zink.
Victor, yang juga Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu, berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban penduduk, khususnya dalam usaha membaik pulih kediaman masing-masing.
Tindakan itu mencerminkan keprihatinan beliau terhadap kebajikan rakyat tanpa mengira kedudukan politik, sekali gus memperkukuh kepercayaan masyarakat terhadap nilai kepimpinan berteraskan amanah dan tanggungjawab.
Penduduk Kampung Tangaban turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan serta keprihatinan yang ditunjukkan.
Mereka mendoakan agar Victor terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam meneruskan usaha membantu masyarakat.
Pada masa sama, penduduk berharap beliau terus mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat, khususnya menjelang pilihan raya akan datang.
Menurut penduduk setempat, kepimpinan yang rajin turun padang, dekat dengan masyarakat serta memahami keperluan dan cabaran rakyat amat dihargai.
Pendekatan berteraskan keprihatinan dan tindakan nyata itu dilihat sebagai contoh teladan dalam memperjuangkan kebajikan rakyat di daerah Tambunan secara berterusan.-Oleh JOHN TAMBANAN.

SERAH …. Victor (tengah) menyampaikan sumbangan zink kepada penduduk Kampung Tangaban.