KOTA KINABALU: Pengurusan tertinggi Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (Kopeks) mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Mengeri, Datuk Seri Panglima Hajiji Hj Noor di pejabatnya, semalam.
Rombongan diketuai oleh Pengerusi Kopeks, Datuk Dr Haji Saat Hj Ag Damit dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kopeks, Buvil Angkui.
Dalam kunjungan itu, Kopeks memberi pemakluman perkembangan perniagaan dan kemajuan koperasi termasuk penubuhan perniagaan kesihatan dengan tiga klinik kesihatan dan sebuah lagi cawangan ar-Rahnu yang akan dibuka di Tawau.
Saat turut menyampaikan jemputan kepada Ketua Menteri untuk merasmikan Mesyuarat Agung Kopeks di SICC Kota Kinabalu pada 18 Jun ini.
Ditubuhkan pada 1963, Kopeks kini mempunyai lebih tujuh ribu anggota dan menyambut ulang tahun ke-63 tahun ini.
Dalam pertemuan itu, Ketua Menteri memuji peranan Kopeks melalui program tanggungjawab sosial (CSR) membantu murid-murid asnaf, masjid dan surau serta golongan kurang bernasib baik di negeri ini.
Sempena kunjungan tersebut, Kopeks menyampaikan buku `COMPETENT CEO’ tulisan Buvil sendiri.
Kata Buvil, buku tersebut merakamkan pengalaman korporat beliau dalam sektor bank, kewangan dan pengurusan sebagai CEO koperasi selama lebih 20 tahun.
Ia juga memuatkan pengalaman sebenar bekerja dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia memulihkan empat koperasi besar di Malaysia.
Turut hadir dalam kunjungan itu Timbalan CEO Kopeks, Dr Yusrina Rantian dan Pengurus Perniagaan, Raihanah Hasanuddin.

COMPETENT CEO …. Buvil (kanan) menyampaikan buku tulisannya kepada Hajiji, sambil disaksikanSaat (dua kanan), Dr Yusrina (dua kiri) dan Raihanah (kiri) sempena kunjungan hormat itu.





