Dua Suspek Bunuh Direman 7 Hari

Oleh FARDY BUNGGA


KOTA KINABALU: Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes bunuh kanak-kanak berusia 10 di Kampung Numbak, di sini, semalam, di reman selama tujuh hari.
Perintah berkenaan dibuat Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali bagi membantu siasatan sehingga 24 julai depan 
Kedua-dua suspek yang disyaki warga asing tanpa dokumen pengenalan diri itu masing-masing berumur 39 tahun dan 42 tahun.
Permohonan reman dibuat pegawai penyiasat polis, Asisten Superintendan La Paula Abd Muis mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, kedua-dua suspek ditahan selepas mayat mangsa yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak 13 Julai lalu, ditemui di Kampung Numbak, semalam.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman, semalam, menegaskan, hasil pemeriksaan awal di lokasi mendapati mayat mangsa sudah berada dalam keadaan mereput.
Katanya, proses bedah siasat juga mendapati kematian mangsa berpunca daripada kecederaan di muka dan belakang kepala dipercayai dipukul dengan objek keras dan tumpul.

Suspek diiringi anggota polis keluar daripada mahkamah.