Rumah kayu musnah dalam kebakaran di Sandakan, tiada kemalangan jiwa

Oleh JAMES LEONG


SANDAKAN: Sebuah rumah kayu di Kampung Sungai Batang musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku pagi kelmarin.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada 8.32 pagi sebelum mengerahkan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan ke lokasi kejadian, kira-kira 18 kilometer dari balai berkenaan.
Pasukan bomba tiba pada 8.59 pagi dan mendapati rumah berukuran 70 x 30 kaki itu sudah 100 peratus terbakar.
Komander Operasi, PBK I Hasmizan Maksit, berkata kebakaran berjaya dikawal pada 9.04 pagi, kira-kira lima minit selepas pasukan bomba tiba di lokasi.
Beliau berkata operasi pemeriksaan dan pemadaman susulan kemudian dijalankan bagi memastikan tiada bara api atau bahagian yang masih terbakar yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Rumah kayu di Kampung Sungai Batang, Sandakan yang musnah dalam kebakaran pagi kelmarin..