Karnival bola sepak 9 sebelah sempena Hari Sukan Negara

KOTA KINABALU: Kelab Bola Sepak BMU Kota Kinabalu akan menganjurkan Karnival Bola Sepak 9 Sebelah sempena sambutan Hari Sukan Negara di Padang SUKMA A dan B, di sini, pada 11 Oktober depan.
Pengerusi penganjur, Ninewjo Newmond, berkata kejohanan itu terbuka kepada belia di sekitar Kota Kinabalu dan bertujuan mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak di negeri ini.
Katanya, penganjuran kejohanan itu juga diharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan belia yang menyertainya.
“Johan akan menerima wang tunai RM2,000 berserta medal, naib johan RM1,000 dan medal, manakala tempat ketiga menerima RM400 serta medal,” katanya.
Beliau berkata, penganjur turut menyediakan trofi bagi anugerah khas membabitkan Penjaring Terbanyak, Pengurus Pasukan Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik.
Sehubungan itu, orang ramai, pasukan bola sepak dan kelab sukan tempatan dijemput menyertai kejohanan berkenaan bagi menyemarakkan aktiviti sukan akar umbi.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, orang ramai boleh menghubungi Rayner di talian 016-8274324 atau Molly di 011-61282633.-JT

Ninewjo Newmond