Rumah kayu musnah dalam kebakaran di Kinabatangan

KINABATANGAN: Sebuah rumah kayu musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Fasa 3, Sungai Menanggul, kira-kira 35 kilometer dari sini, pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah serta Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan menerima panggilan kecemasan menerusi NG999 pada jam 7.37 pagi.
Pasukan bomba kemudian bergerak ke lokasi dan tiba di Jalan Sukau pada jam 8.08 pagi untuk menjalankan operasi pemadaman.
Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan terbabit dalam operasi berkenaan yang diketuai Ketua Operasi, PBK I Azemi Sidan.
Kebakaran memusnahkan sebuah rumah kayu, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Musnah …. Keadaan rumah yang terbakar di Fasa 3, Sungai Menanggul, Kinabatangan.