PENAMPANG: Seorang lelaki diburu pihak berkuasa bagi membantu siasatan berkaitan kes jenayah narkotik di daerah Penampang.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menegaskan, lelaki dikehendaki dikenal pasti sebagai Ong Chun Seong, pemegang kad pengenalan nombor 890118-56-XXXX.
Katanya, pihak polis percaya individu terbabit mempunyai maklumat penting untuk membantu menyelesaikan siasatan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan suspek diminta tampil membantu dengan menghubungi terus Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ariff Jali di talian 011-33855989.
“Maklumat boleh juga disalurkan dengan menghubungi IPD Penampang di talian 088-712222 atau 088-723961 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Kenyataan itu turut menasihatkan orang awam supaya tidak mengambil sebarang tindakan sendiri terhadap individu berkenaan.
“Segala maklumat yang diterima akan dirahsiakan sepenuhnya demi kelancaran siasatan.
“Kerjasama orang ramai amat penting bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara,” katanya.-FB

DIKEHENDAKI …. Ong Chun Seong.









