SANDAKAN: Sebuah motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Tinosa 2, Batu 7 Jalan Kem Tentera, di sini, pada Rabu malam.
Kejadian itu dilaporkan menerusi talian kecemasan NG999 pada jam 8.01 malam.
Komander Operasi, PBK I Chauslim Sunsubin berkata, seramai enam anggota bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 8.19 malam selepas menempuh perjalanan sejauh 10 kilometer dari balai.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran telah dipadam sepenuhnya oleh orang awam menggunakan alat pemadam api.
“Pasukan bomba kemudian menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan penyejukan lanjut menggunakan hose reel serta memasang perimeter keselamatan di kawasan kejadian,” katanya dalam kenyataan media.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.30 malam selepas pihak bomba memastikan lokasi berada dalam keadaan selamat.
Tiada mangsa cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.-Oleh James Leong.

MUSNAH …. Keadaan motosikal yang musnah selepas kebakaran berjaya dipadamkan pada Rabu malam.




