Kursus Ternak Ulat Sago Butod dapat sambutan luar jangka

TAMBUNAN: Kursus Ternak Ulat Sago Butod yang berlangsung di Kg Tikolod, Tambunan mendapat sambutan luar biasa.
Seramai 100 peserta menyertai kursus yang pada mulanya hanya di buka untuk 20 orang peserta dengan kadar yuran RM200 seorang.
Bagaimanapun, atas keprihatinan Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Sdn Bhd, Dato’ Victor P. Paut, ianya ditaja sepenuhnya sekaligus menerbit rasa gembira kepada peserta.
Kesemua peserta menerima sijil penyertaan mereka di Majlis 3 Dalam 1 yang telah disempurnakan oleh Victor, yang juga Ketua Bahagian PGRS N39 Tambunan.
Dalam satu kenyataan ringkasnya, Victor berharap agar suatu ketika nanti, penternakan ulat sago Butod ini boleh dikomersialkan sebagai salah satu dari perusahaan penduduk kampung yang mampu menjana ekonomi setempat kelak.

Victor melawat pameran terank kulat sago butod di majlis itu