Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Kota Kinabalu: Dewan Perniagaan Cina Sabah (SCCC) menyumbangkan 3,000 topeng muka kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk diedarkan kepada anggota yang bertugas di barisan hadapan.
Sumbangan disampaikan Pengerusi SCCC, Datuk Frankie Liew bersama barisan pimpinan tertinggi SCCC kepada Ketua Bahagian Logistik dan Teknologi, Asisten Superintendan Amirrul Farin yang mewakili Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asistan Komisioner Habibi Majinji, hari ini.
Amirrul yang ditemui berkata, sumbangan ini bukan saja memberi sokongan moral kepada pasukan polis tetapi juga memenuhi aspek keselamatan anggota bertugas.
Katanya, IPD Kota Kinabalu memerlukan sekurang-kurangnya 500 keping topeng muka untuk penugasan setiap hari.
“Topeng muka diperlukan untuk penugasan kereta peronda polis (MPV), sekatan jalan, penugasan di pusat kuarantin hospital dan jeti Pulau Gaya.
“Banyak pihak yang tampil memberi sokongan termasuk aspek kelengkapan keselamatan pasukan polis, kita berterima kasih kepada semua,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Tamat




