Kenderaan Enam Mangsa Maut Dipercayai Bertembung.


Fardy Bungga

asiatimesrp@hotmail.com

Lahad Datu: Kemalangan tiga kenderaan yang menyebabkan enam mangsa maut di Jalan Lahad Datu-Tungku, berhampiran Kampung Membatu, di sini, dipercayai bertembung.

Kenderaan jenis lori yang terbabit dikatakan bergerak menuruni bukit sebelum dipercayai hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, kemalangan ngeri iti dipercayai berlaku kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati, dua kenderaan iaitu pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax dan Proton Saga dipercayai bergerak dari arah Tungku menghala ke Lahad Datu.

“Sebuah lagi lori yang membawa muatan minyak diesel pula bergerak dari arah Lahad Datu menghala ke Tungku.

“Semua kenderaan dipercayai bertembung di tempat kejadian sehingga menyebabkan loro terbabas ke gaung sebelah kanan manakala dua lagi kenderaan remuk di atas jalan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Nasri berkata, semua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Katanya, semua mangsa dalam kemalangan ini berusia 22 tahun sehingga 64 tahun dan seorang daripadanya adalah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di kawasan selekoh jalan dan ketika kejadian keadaan cuaca juga hujan dipercayai menyebabkan jalan licin.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Tamat