
Kota Kinabalu: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), hari ini, mengeluarkan senarai 21 orang dikehendaki terkini termasuk lima penama baru.
Komander ESSCOM Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, senarai orang dikehendaki terbaru ini dikemaskini setiap enam bulan.
Katanya, semua 21 penama terbabit disenaraikan sebagai suspek yang mempunyai kaitan atau terbabit dalam Jenayah Rentas Sempadan serta Penculikan.
“Semua suspek adalah merupakan warganegara asing yang disenaraikan sebelum ini termasuk lima penama suspek terbaru.
“Lima individu baru yang dikehendaki adalah Japs@Mujafar Sawadjaan, Mujimmar Sawadjaan @ Rasad, Mundi Sawadjaan, Wahad @ Talib dan Barah Udong @ Elvin,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Ahmad Fuad berkata, senarai ini adalah individu terbaru dikehendaki ESSCOM selepas lima daripada dikeluarkan.
Katanya, mengikut senarai sebelum ini, tiga daripadanya sudah ditembak mati dalam pertempuran dengan Pasukan Keselamatan manakala seorang lagi sudah ditangkap dan seorang lagi menyerah diri.
“Manakala 16 individu lain dalam senarai asal masih dikekalkan,” katanya.
Sehubungan itu, Ahmad Fuad mengingatkan kepada masyarakat supaya sentiasa membantu pihak keselamatan terutamanya ESSCOM dalam menyalurkan sebarang maklumat.
Katanya, maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi ESSCOM ditalian 089- 863181 atau 089-863016 atau menerusi aplikasi WhatsApp ditalin 013-8803585 dan 019-2305909.
Tamat






