SPRM Buru Lelaki Menyamar Sebagai Pegawainya.

Mohd Nazim AG Abdullah diburu SPRM

Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kini sedang giat membuu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes berkaitan pemalsuan dokumen serta penyamaran sebagai pegawai kanan SPRM.

Lelaki terbabit dikenali sebagai Mohd Nazim AG Abdullah, berusia 45 tahun dengan kad pengenalan bernombor 760515-12-5403.

Menurut jurucakap SPRM, suspek mempunyai alamat terakhir di No.1, Lorong 4/3B, Taman Bukit Sepanggar, 88450, Kota Kinabalu.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Rajin Masran di talian 016-881 7679 atau 088-488381.

“Maklumat juga boleh disalurkan menerusi emel ke alamat rajin@sprm.gov.my,” katanya.

Tamat