Kota Kinabalu: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu meluangkan masa menyantuni 20 keluarga sekitar daerah ini untuk menyampaikan sumbangan bakul makanan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, menerusi program berkenaan, ia bagi membantu mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Katanya, bantuan makanan yang disampaikan itu diharap dapat meringankan bebanan yang dihadapi ketika ini.
“Kita sebenarnya sudah mengumpulkan sebanyak 80 bakul makanan untuk diserahkan kepada mereka yang dikenalpasti oleh ketua-ketua balai polis di kawasan masing-masing.
“Hari ini, kita menyerahkan kepada 20 keluarga dan selebihnya akan diteruskan dari semasa ke semasa,”’katanya pada sidang media selepas menziarahi dua keluarga di Balai Polis Inanam.
Mohd Zaidi berkata, pihaknya berharap dengan bantuan yang disampaikan akan dapat meringankan bebanan mereka selaras dengan tema polis ‘Masyarakat dan Polis Berpisah Tiada’.
Tamat




