Kejohanan Taekwondo Piala Duta Korea Ke-5 Brunei
KOTA KINABALU: Kelab Taekwondo Han Loong Sabah muncul juara keseluruhan acara poomsae dan naib juara acara kyorugi pada Kejohanan Taekwondo Piala Duta Korea Ke-5 Brunei 2025 di Bandar Seri Bagawan baru-baru ini.
Han Loong meraih lima pingat emas, empat perak dan dua gangsa dari poomsae untuk muncul juara keseluruhan acara itu.
Pencapaian mereka lebih baik dalam acara kyorugi dengan tujuh pingat emas, satu perak dan dua gangsa tetapi ia hanya meletakkan Han Loong sebagai naib juara keseluruhan acara itu.
Presiden Kelab Han Loong Sabah, Roger Chaw berkata, kejayaan meraih keseluruhan 21 pingat (12 emas, lima perak dan empat gangsa) itu membanggakan kelabnya terutama kerana ia adalah kejohanan luar negara.
“Syabas kepada semua anggota pasukan. Ini adalah hasil kerja keras dan komitmen semua anggota pasukan termasuk ibu bapa atlet,” kata Roger.
Menurutnya, kejohanan itu disertai sekitar 300 atlet dari negara tuan rumah dan Malaysia.
Han Loong diwakili 16 atlet yang diiringi jurulatih Master Ervin Ambu dan Emmanuel Siaw pada kejohanan yang berlangsung di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan pada 10-13 Ogos berkenaan.
Pingat emas acara poomsae dimenangi Aleister Xavier Ng Zhen dalam kategori 10-13 tahun lelaki individu, beregu campuran 10-13 tahun (Aleister/Daphne Koay Jia Yi), berpasukan perempuan 10-13 tahun (Kristy Koay Pei Ying/Elsa Koay Jia Hui/Daphne), beregu campuran 14-17 tahun (Aristotle Kong Villaceran/Alexis Ng Zhi Xuan) dan berpasukan perempuan 14-17 tahun (Alexia Ng Zhi Xuan/Allyson Ng Zhi Xin/Celestyne Catherine).
Pingat perak poomsae dimenangi Constantine Kong Villaceran (10-13 tahun lelaki individu), Constantine/Kristy (beregu campuran 10-13 tahun), Celestyne Catherine Ronald (14-17 tahun perempuan individu) dan berpasukan lelaki 14-17 tahun (Aristotle/Mohd Wazif Ihsan/Rae Rendheal Renddie).
Pingat gangsa poomsae pula dimenangi Allyson (14-17 tahun perempuan individu) dan Aristotle (14-17 tahun lelaki individu).
Pingat emas kyorugi dimenangi Kyle Kennedy Felix (light weight lelaki 9-11 tahun), Rae Renzo Renddie (heavy weight lelaki 9-11 tahun), Ivory Koay Xiu Xin (middle weight perempuan 9-11 tahun), Rae Rendheal Renddie (heavy weight lelaki 12-14 tahun), Allyson (light weight perempuan 12-14 tahun), Mohd Wazif (fly weight lelaki 15-17 tahun) dan Aristotle (light weight lelaki 15-17 tahun).
Pingat perak kyorugi dimenangi Kristal Koay (feather weight perempuan 12-14 tahun) manakala gangsa dimenangi Constantine (welter weight lelaki 15-17 tahun) dan Jeshaiah Jade Gordon (heavy weight lelaki 15-17 tahun).









