MINYAK MASAK DAN ROKOK SELUDUP DIRAMPAS.
LAHAD DATU: Cubaan menyeludup minyak masak dan rokok yang dipercayai untuk diseludup berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) dalam operasi di Kampung Pangkalan, Desa Kencana, di sini, semalam.
Semua barangan berkenaan ditemui sepasukan pegawai dan anggota PPM Lahad Datu semasa menjalankan rondaan kira-kira jam 12 tengah hari.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, semasa rondaan di kebun sawit kampung berkenaan, pasukannya ternampak longgokkan kotak yang ditutup dengan pelepah daun kelapa sawit dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, pemeriksaan mendapati...
Jalan Penampang – Tambunan Terputus.
KOTA KINABALU: Jalan Penampang-Tambunan ditutup kepada semua lalu lintas selepas laluan di Kilometer (KM) 45.7 di jalan berkenaan berlaku tanah runtuh.
Jalan yang menghubungkan ibu negeri dengan daerah Keningau dan Tambunan itu ditutup sejak tengah hari tadi selepas dilaporkan tidak lagi selamat untuk dilalui semua jenis kenderaan.
Jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah berkata, kerosakan itu dipercayai berpunca daripada keretakan tembok penahan tebing jalan berikutan hujan berterusan sejak semalam.
Katanya, kerosakan membabitkan runtuhan yang dianggarkan sepanjang 50 meter dan tidak lagi selamat...
Siasatan Menyeluruh Dijalankan.
Kota Kinabalu: Polis sudah menerima laporan berkenaan sekumpulan individu yang meminum bir di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negeri ini yang tular dalam media sosial, semalam.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh kakitangan di pusat kuarantin berkenaan.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengambil keterangan daripada kakitangan di pusat berkenaan.
“Hasil siasatan awal, polis percaya minuman keras berkenaan dibawa oleh pesakit sendiri berikutan tiada tindakan pemeriksaan...
Penampang Banjir.
Penampang: Hujan lebat sejak petang semalam mengakibatkan sekurang-kurangnya 16 kampung dan taman perumahan ditenggelami air di sekitar daerah Penampang.
Selain itu, dilaporkan sebanyak 12 jalan di sekitar daerah ini juga sudah dinaiki air sehingga memutuskan laluan kenderaan.
Untuk rekod, setakat ini paras bacaan air sungai sekitar Penampang dicatatkan mencecah 9.49 meter melebihi paras bahaya.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi pemindahan penduduk terjejas mula dijalankan sejak lewat malam tadi.
Katanya, setakat ini operasi pemindahan membabitkan seramai 31 individu daripada...
Beberapa Lokasi Sekitar Bandaraya Kota Kinabalu Dilanda Banjir.
Kota Kinabalu: Hujan lebat sejak kira-kira jam 5 petang tadi mengakibatkan beberapa lokasi sekitar bandaraya ini dilanda banjir kilat.
Antara lokasi yang terjejas akibat banjir adalah Pekan Manggatal, Kampung Kembirian, Kampung Rampayan, Indah Permai, Kampung Rugading serta beberapa lagi perumahan di kawasan Kolombong.
Selain itu, turut dilaporkan banjir sekitar Kampung Inanam Laut, Kampung Bantayan, Kampung Tatahan, Kampung Kitobu, Kampung Keliangau dan Kampung Cenderakasih, Likas.
Salah seorang penduduk Kampung Kembirian, Jefri Gani, 38, ketika ditemui berkata, selepas kira-kira sejam hujan melanda, kawasan pekarangan...
Tiga Sekawan Hisap Syabu Ditahan.
Kota Kinabalu: Tiga sekawan yang sekawan yang sedang leka menagih syabu di sebuah pondok di Kampung Lok Buno, di sini, diberkas polis, semalam.
Dalam operasi jam 10.20 pagi itu, ketiga-tiga penagih berusia 36 hingga 49 tahun itu ditahan bersama satu paket syabu yang diletakkan di atas lantai seberat 0.10 gram.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sebaik ditahan, polis terus melakukan soal siasat terhadap semua suspek bagi membantu siasatan lanjut.
Katanya, hasil soal siasat membawa kepada penemuan dua...
Dua Peniaga Dikenakan Kompaun.
Beaufort: Dua peniaga makanan, di kawasan Membakut, di sini, dikenakan tindakan kompaun selepas gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.
Peniaga lelaki dan wanita masing-masing berusia 58 dan 36 tahun itu dikesan menjalankan aktiviti perniagaan dengan membenarkan pelanggan makan di premis mereka.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Mohd Azmir Abd Razak berkata, tindakan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort yang menjalankan tugas pemantauan PKP.
Katanya, hasil pemeriksaan di kedua-dua premis makanan berkenaan mendapati peniaga...
Dua Pemancing Temui Mayat.
Penampang: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Moyog, berdekatan Kampung Tuavon, di sini, petang hari ini.
Mayat mangsa yang belum dikenalpasti identitinya itu ditemui dua sekeluarga yang memancing di jambatan gantung berdekatan sungai berkenaan kira-kira jam 4.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua pemancing terbabit dikatakan terlihat sesuatu benda hanyut yang kelihatan seperti manusia.
Katanya, kedua-dua individu terbabit kemudiannya menariknya ke tepi sungai dengan menggunakan tali pancing.
“Sebaik berjaya ditarik ke tepi,...
Remaja Pandu Kenderaan Rempuh Klinik.
TENOM: Seorang remaja lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk merempuh sebuah klinik ldalam kejadian di Orchard Plaza, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 10.45 malam itu, hanya remaja berusia 19 tahun terbabit yang mengalami kecederaan memandangkan tiada mangsa lain berada di dalam klinik berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, siasatan awal mendapati pemandu Proton Iswara berkenaan dikatakan sedang dalam perjalanan balik selepas menghantar rakannya kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.
Bagaimanapun katanya, ketika melalui klinik berkenaan,...
Lelaki Rentung Ditemui.
MENUMBOK: Seorang lelaki ditemui rentung di rumah miliknya dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Melikai, di sini, awal pagi, tadi.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa Mohd Ikmal Abdullah, 50, yang tinggal bersama tiga ahli keluarganya dipercayai gagal menyelamatkan diri selepas terperangkap di dalam rumah berkenaan.
Ketua Zon Bomba Beaufort Anddre Andrew berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 6.12 pagi.
Katanya, sepasukan sembilan anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama dua jentera.
"Sebaik tiba di lokasi...



















