BM/ENG NEWS

Larikan Jenazah, Empat Ditahan.

Lahad Datu: Empat beradik ditahan polis selepas bertindak melarikan jenazah dalam kejadian di Hospital Lahad Datu, di sini, semalam. Keempat-empat beradik berusia 26 hingga 31 tahun itu dipercayai bertindak sedemikian selepas enggan membenarkan pihak hospital menjalankan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk pengurusan wabak Covid -19 terhadap jenazah bapa mereka. Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, sebelum meninggal dunia, lelaki berusia 58 tahun terbabit dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan dan diletakkan di bawah kategori ‘Patient-Under-Investigation’ (PUI). Katanya,...

29 Dikenakan Kompaun.

KOTA KINABALU: Seramai 29 individu dikenakan kompaun selepas didapati ingkar terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini, sejak 13 Januari lalu. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, antara kesalahan yang dikesan adalah berkumpul tanpa penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam. Selain itu katanya, polis turut mengarahkan 300 kenderaan berpatah balik di dua Sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan daerah ini. “Ia bagi menghalang pengguna jalan yang tidak...

Polis Lupus Barang Judi Siber, VCD dan DVD.

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu melupuskan 5,331 rampasan mesin judi dan peralatan elektronik berkaitan kes judi siber yang berjaya diselesaikan, hari ini. Selain itu, polis turut melupuskan cakera padat video ( VCD) dan cakera padat digital ( DVD) bernilai keseluruhan RM480,000 susulan daripada serbuan dan tangkapan terhadap  premis judi disekitar daerah ini. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, semua barangan yang dilupuskan adalah hasil rampasan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu dalam tempoh...

Ditemui Dengan Kesan Lebam.

Kota Kinabalu: Mayat wanita yang ditemui berhampiran tempat pembuangan sampah di kawasan Bandaran Berjaya, di sini, malam tadi, didapati mempunyai kesan lebam di mata dan muka mangsa. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesan lebam berkenaan ditemui hasil pemeriksaan secara fizikal terhadap mayat mangsa. Katanya, terdapat kesan lebam yang jelas di bahagian muka dan mata si mangsa namun masih menunggu laporan lengkap bahagian forensik. "Apabila dilihat secara fizikal, terdapat kesan lebam di muka dan mata mangsa... sama ada...

Mayat Wanita Lengkap Berpakaian Ditemui.

Kota Kinabalu: Satu mayat wanita lengkap berpakaian ditemui terlentang berhampiran tempat pembuangan sampah di kawasan Bandaran Berjaya, di sini, hari ini. Mayat wanita yang belum dapat dikenalpasti itu ditemui orang awam kira-kira jam 7 malam tadi sebelum terus melaporkan kepada pihak polis. Difahamkan, wanita terbabit didakwa sering kelihatan berkeliaran di kawasan berkenaan namun tidak dapat dipastikan sama ada mangsa bekerja atau tinggal di kawasan berkenaan. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan mayat...

Ketua Jabatan Tolak Rasuah, Peniaga Ditahan.

KOTA KINABALU: Seorang peniaga ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas dipercayai cuba menyogok ketua jabatan sebuah agensi kerajaan, hari ini. Peniaga berusia 50-an itu dipercayai cuba memberi rasuah sebanyak RM2000 bagi mempercepatkan proses kelulusan penjualan minyak kepada nelayan di Jeti Batu Putih, Sandakan. Menurut sumber, suspek lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu selepas ketua jabatan terbabit melaporkan perkara itu kepada SPRM. Sementara itu, Pengarah SPRM S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan. Katanya, lelaki terbabit kini ditahan selama 24 jam untuk siasatan...

MANGSA BOT KARAM KUALA ABAI DITEMUI.

KOTA KINABALU: Mayat mangsa bot yang karam selepas dipukul ombak di perairan Kampung Kuala Abai, Kota Belud, ditemui terdampar di pantai berhampiran, hari ini. Mayat Nojan Sitong, ditemui kira-kira jam 7 pagi oleh penduduk kampung yang turut sama melakukan pencarian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk bedah siasat. Pengarah Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, berikutan penemuan itu, operasi Carilamat ditamatkan pada jam 8.45 pagi, hari ini. Katanya, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota...

PKP Terus Diperhebatkan.

Kota Kinabalu: Tahap penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dikurangkan walaupun keadaan cuaca buruk melanda seluruh negeri Sabah. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, amaran dikeluarkan berikutan tindakan orang ramai yang dikesan cuba mengambil kesempatan melakukan rentas daerah sejak beberapa hari lalu. Katanya, sebelum ini tular di media bahawa terdapat 100 kenderaan dihalang dan diarahkan berpatah balik di daerah Tawau selepas dapati cuba mengambil kesempatan untuk keluar. "Mungkin sebab hujan, ada yang menganggap sekatan jalan raya (SJR) tidak dapat dilaksanakan...

Rumah Dan Kereta Rosak Akibat Tanah Runtuh.

Kota Kinabalu: Dua penghuni sebuah rumah terselamat selepas rumah mereka di Bukit Kopungit, di sini, runtuh, malam tadi. Kejadian kira-kira jam 8 malam itu dipercayai berlaku ekoran hujan berterusan sehingga mengakibatkan mendapan tanah. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.14 malam. Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat. “Sebaik tiba di lokasi, sebuah rumah terjejas akibat tanah runtuh berkenaan namun tidak membabitkan mangsa. “Pasukan bomba terus memasang...

MRSC KOTA KINABALU SELARAS 6 KES CARILAMAT DI SABAH DALAM TEMPOH 18 HARI

KOTA KINABALU: Komuniti maritim terutamanya nelayan tradisional dan pekerja sektor perkapalan diingatkan supaya sentiasa waspada dengan keadaan cuaca semasa bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini ketika di laut. Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, berdasarkan rekod sepanjang Januari tahun ini, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu sudah mengaktifkan enam operasi CARILAMAT. Katanya, ia meliputi satu di perairan Karambunai, tiga insiden di perairan Sandakan dan satu lagi kejadian di Semporna. “Terdapat mangsa...

最新上载