Fenomena Air Pasang, Dua Rumah Hampir Roboh.
Kota Kinabalu: Seramai 17 keluarga terpaksa dipindahkan selepas dua rumah hampir roboh manakala beberapa rumah dimasuki air susulan kejadian fenomena air pasang besar di Kampung Tanjung Aru, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian seawal kira-kira jam 8 malam itu, seramai 99 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing selepas kerana bimbang tahap keselamatan mereka terjejas.
Semua penduduk berkenaan kemudiannya ditempatkan di balai raya serta surau kampung berkenaan selain ada yang menumpang di rumah saudara mara.
Salah seorang penduduk, Nabsah Darudin, 59, berkata, dia dan...
Air Pasang Melimpah Sekitar Tanjung Lipat.
Kota Kinabalu: Kejadian air pasang sehingga melimpah ke atas jalan di kawasan Tanjung Lipat, di sini, menimbulkan kerisauan dalam kalangan warga bandaraya ini selepas rakamannya menjadi tular di media sosial.
Rakaman air pasang yang dikatakan mula melimpah seawal jam 7.30 malam tadi turut memaparkan kehadiran pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turun padang untuk mengawal lalu lintas di kawasan berkenaan.
Difahamkan, fenomena air itu mungkin disebabkan oleh keadaan air laut pasang yang dijangka melanda kawasan laut sekitar bandaraya Kota Kinabalu.
Tinjauan di...
Mati Akibat Renjatan Elektrik.
Labuan: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian di kawasan penempatan masyarakat pelarian, Kampung Saguking, di sini, semalam.
Mangsa berusia 26 tahun itu ditemui penduduk kampung kira-kira jam 11 malam dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran kawasan titian kayu sebelum membuat laporan polis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan, Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, polis menerima laporan penemuan itu pada jam 2.56 pagi hari ini.
Katanya, sepasukan polis kemudiannya dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.
“Mangsa...
IPK Sabah Akan Cadangkan Kelonggaran Melebihi Radius 10 KM Untuk Sabah.
Penampang: Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah akan mencadangkan kelonggaran berhubung perjalanan melebihi radius 10 kilometer sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, perkara itu akan dicadangkan dalam mesyuarat jawatankuasa bencana negeri untuk dipertimbangkan.
Katanya, keperluan cadangan ini berikutan jarak antara daerah di Sabah amat luas dan beberapa daerah pedalaman juga terletak jauh daripada kawasan untuk mendapatkan bekalan.
“Permohonan kelonggaran ini akan diutarakan kepada jawatankuasa bencana negeri. Sebagai contoh penduduk Sabindo, di sini, terpaksa turun...
50 SJR Seluruh Sabah Sepanjang PKP.
KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah melaksanakan 50 sekatan jalan raya (SJR) sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri ini bermula tengah malam tadi.
Ia bagi memastikan segala undang-undang ditetapkan dipatuhi oleh orang ramai dalam usaha memutuskan penularan pandemik Covid-19.
Ketua Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Sabah, Khalid Saion berkata, SJR yang dijalankan dengan membabitkan kira-kira 4,000 petugas keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Rela dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Katanya, semua SJR berkenaan juga diadakan di beberapa...
10 Penagih Dadah Ditahan
PAPAR: Seramai 10 individu ditahan selepas didapati terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik(BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, semalam.
Operasi khas yang dijalankan di sekitar kawasan Papar itu turut berjaya merampas dadah seberat 20.63 gram daripada penagih terbabit.
Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, semua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 40-an tahun.
Katanya, semua suspek ini dikenalpasti terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dan mereka ditahan untuk membantu siasatan lanjut.
“Dua...
Tindakan Tegas Sepanjang PKP.
KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi sekiranya terdapat perlanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, penguatkuasaan itu dilakukan dalam usaha untuk membendung penularan wabak pandemik Covid-19.
Katanya, pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wajar dikuatkuasakan berikutan jumlah kes positif meningkat hampir setiap hari.
"Fokus PDRM adalah menguatkuasakan SOP sepenuhnya dan kali ini memang tiada nasihat atau teguran sebaliknya.
“Sekiranya berlaku kesilapan atau perlanggaran SOP,...
SUCCC dan Badan Kebajikan Islam MOF sampaikan sumbangan.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menyaksikan penyerahan sumbangan COVID-19 daripada Sabah United Chinese Chamber of Commerce (SUCCC) dan Badan Kebajikan Islam Kementerian Kewangan Negeri Sabah (MOF) di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).
Presiden SUCCC, Tan Sri Datuk Seri Panglima Andrew Liew menyerahkan sumbangan RM500 ribu kepada Pengerusi Malaysia Medical Association (MMA) Cawangan Sabah, Prof. Dr.Kew Seih Teck.
Sementara Setiausaha Tetap MOF, Haji Rusdin Riman menyerahkan sumbangan Badan Kebajikan Islam MOF sebanyak...
56 Mangsa Banjir Dipindahkan.
Kudat: Seramai 56 individu membabitkan lapan keluarga dari kampung Sri Aman, Kampung Landung Ayang dan Kampung Merak Hati, di sini, dipindahkan ke tempat selamat, hari ini.
Semua mangsa terbabit dipindahkan bermula kira-kira jam 9.30 pagi tadi selepas air banjir mula menaiki kawasan rumah mereka berikutan keadaan hujan lebat yang melanda daerah ini sejak malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata, pihakya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.12 pagi sebelum mengerahkan pasukan...
120 DIKOMPAUN LANGGAR SOP PKPB
Kota Kinabalu: Mengaku faham akan Prosedur Operasi Standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun leka kerana muzik yang kuat.
Itu antara pengakuan yang dibuat pengunjung sebuah pusat hiburan yang didapati beroperasi dengan berselindung di sebalik lesen kafe di kawasan Waterfront, di sini, semalam.
Dalam serbuan yang dijalankan polis bermula jam 10 malam itu, tinjauan mendapati premis berkenaan dipenuhi ratusan pengunjung dalam tempoh masa yang sama.
Semua pengunjung berkenaan juga didapati tidak langsung mengamalkan penjarakan fizikal selaras dengan penguatkuasaan PKPB.
Lebih mengejutkan lagi,...



















