Barang Keperluan Asas Di Sabah Mencukupi.
KOTA KINABALU: Bekalan keperluan asas di Sabah mencukupi di semua peringkat pengilang, pemborong dan peruncit tanpa sebarang pembelian luar biasa pengguna dikesan.
Perkembangan itu diperolehi hasil pemeriksaan di premis-premis perniagaan tumpuan pelanggan yang dijalankan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di seluruh daerah di Sabah.
Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata, pemeriksaan oleh pasukan pemantau KPDNHEP kelmarin dan hari ini, mendapati tidak berlaku pembelian panik di 192 premis pasar awam, 13 pasar raya serta 140 kedai runcit dan...
13 DIKOMPAUN LANGGAR SOP PKPP
Labuan: Seramai 13 individu dikenakan kompaun selepas melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dalam operasi pemeriksaan di pusat bandar, di sini, semalam.
Operasi bermula kira-kira jam 10 malam itu dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wilayah Persekutuan Labuan di dua premis cafe dan restoran.
Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, pemeriksaan yang dibuat di dua premis itu mendapati beberapa pelanggan melakukan pelanggaran SOP.
Katanya, seramai 11 individu didapati tidak mengamalkan penjarakan fizikal...
Enam Sekeluarga Antara Ditahan.
Kota Kinabalu: Enam sekeluarga ditahan polis selepas didapati menjalankan aktiviti pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sembulan, di sini, khamis lalu.
Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari itu, enam individu yang ditahan membabitkan pasangan suami isteri, dua anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan serta suaminya.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, semua suspek adalah warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 66 tahun.
Katanya, ketika ditahan polis berjaya menemui enam paket syabu seberat 67.80 gram...
PPM LABUAN KESAN AKTIVITI TANGKAP IKAN GUNA PUKAT TRINETT
LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Persekutuan Labuan berjaya mengagalkan aktiviti menangkap ikan oleh nelayan menggunakan kaedah pukat ‘Trinett’ di kawasan laut Weston, Sipitang, di sini, kelmarin.
Tangkapan itu berjaya dilakukan semasa operasi Op Benteng Covid yang dijalankan sekitar perairan itu bermula seawal jam 8 pagi.
Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin WP Labuan, Inspektor Shafiq Rezza berkata, semasa rondaan dilakukan bot ronda PPM berjaya mengesan beberapa bot nelayan yang aktif sedang melakukan aktiviti menangkap hasil laut menggunakan pukat...
Lima Individu Terbaru Daripada 21 Senarai Orang Dikehendaki ESSCOM.
Kota Kinabalu: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), hari ini, mengeluarkan senarai 21 orang dikehendaki terkini termasuk lima penama baru.
Komander ESSCOM Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, senarai orang dikehendaki terbaru ini dikemaskini setiap enam bulan.
Katanya, semua 21 penama terbabit disenaraikan sebagai suspek yang mempunyai kaitan atau terbabit dalam Jenayah Rentas Sempadan serta Penculikan.
“Semua suspek adalah merupakan warganegara asing yang disenaraikan sebelum ini termasuk lima penama suspek terbaru.
“Lima individu baru yang dikehendaki adalah Japs@Mujafar Sawadjaan, Mujimmar Sawadjaan @ Rasad,...
Larikan Remaja Perempuan, Seorang Warga Asing Ditahan.
Kota Kinabalu: Tidak sampai tempoh lapan jam, polis daerah ini berjaya menyelesaikan satu kes melarikan remaja perempuan dalam kejadian di sebuah kedai di Taman Dah Yeh Villa, Luyang, di sini, Isnin lalu.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 12 tengah hari namun hasil kecekapan siasatan polis berjaya menahan suspek pada jam 7.30 malam, hari yang sama.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 14 tahun dikatakan pergi ke kedai berkenaan untuk membeli kad prabayar.
Bagaimanapun, mangsa secara tiba-tiba ditarik oleh suspek berusia 16...
12 Dikenakan Kompaun Ingkar PKPB.
Kota Kinabalu: Seramai 12 individu termasuk penjaga premis dikenakan kompaun selepas didapati ingkar terhadap arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di kawasan Damai Plaza, di sini, semalam.
Operasi jam 11 malam itu dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bagi memantau Op Covid-19.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, semasa pasukan serbuan sampai di premis berkenaan, operasi pemeriksaan terus dijalankan.
Katanya, pemeriksaan membabitkan 12 individu yang terdiri dari penjaga premis dan pelanggan.
“Pemantauan...
Mayat Remaja Lemas Ditemui.
KOTA KINABALU: Pencarian seorang remaja yang hilang selepas dihanyutkan arus deras di Pantai Karambunai, di sini, sejak tiga hari lalu berakhir dengan penemuan satu mayat seorang lelaki pagi tadi.
Mayat remaja berusia 19 tahun itu ditemui jam 9.40 pagi di kedudukan 2 batu nautika dari pantai karambunai yang juga lokasi kejadian.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, penemuan itu hasil usaha dijalankan pasukan Bot Kilat 39 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang...
Lelaki Cuba Bunuh Diri Ditahan.
Labuan: Rindukan ibunya. Itu alasan seorang lelaki yang ditahan polis selepas cuba membunuh diri dengan menoreh pergelangan tangannya sebelum cuba membakar dirinya di sebuah bilik hotel di kawasan Lazenda Commercial Centre, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, lelaki berusia 35 tahun terbabit dikatakan menginap di hotel berkenaan sebelum bertindak cuba membunuh diri.
Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, siasatan awal polis mendapati, suspek dipercayai mengalami depresi kerana sudah lama tidak dapat...
Perodua achieves sales of 220,154 units in 2020
Rawang, 1 Jan: Perodua registered 220,154 vehicles in the whole of 2020, 10,154 more than its 210,000-unit sales target for the year, on the back of strong demand for its vehicles as consumers took advantage of the government’s sales tax exemption.
“We thank all Malaysians for choosing Perodua and the government for extending the sales tax exemption under PENJANA to sustain the sales momentum which the automotive industry is now enjoying,” said Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal...

















