YADIM Bantu Ringan Beban Penduduk Pulau Sepanggar
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Kota Kinabalu: Seramai 40 keluarga di Pulau Sepanggar, di sini, gembira apabila menerima sumbangan barangan keperluan dapur daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk persiapan sepanjang Ramadan tahun ini.
Seorang penduduk pulau berkenaan, Maidi Moksin, 50, berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia dan sebahagian besar penduduk pulau berkenaan mengalami kesukaran untuk mendapat bekalan makanan serta keperluan asas.
Katanya, ini berikutan pergerakan penduduk pulau ke tanah besar Kota Kinabalu dihadkan pihak berkuasa.
"Rata-rata penduduk di sini adalah nelayan dan kami...
Ditahan Miliki Bakakuk Dan Dadah.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Sipitang: Seorang lelaki ditahan polis selepas didapati memiliki senapang buatan sendiri jenis bakakuk bersama lima butir peluru hidup dalam serbuan di rumah pekerja kebun Kelapa Sawit di Sungai Tepewah Bamban, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, suspek yang berusia 50-an itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang.
Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, bertindak atas maklumat, beliau bersama sepasukan anggota polis melakukan serbuan di sebuah rumah kosong dipercayai milik...
Cuba Lepasi Sekatan Dengan Baju Celoreng.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang dipercayai cuba memperdayakan pihak berkuasa dengan memakai baju celoreng untuk melepasi sekatan jalan raya (SJR) gagal apabila dia ditahan di Batu 7, Jalan Tuaran, Rabu lalu.
Dalam kejadian jam 1.51 petang itu, lelaki berusia 30-an terbabit dikatakan menunggang motosikal Honda EX5 menuju ke Kampung Inanam Laut, Inanam untuk berjumpa pakciknya.
Bagaimanapun, sebaik sampai di pusat SJR, lelaki berkenaan terus ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, soal...
MARITIM MALAYSIA IRINGI KEPULANGAN 108 INDIVIDU TERKANDAS DI NUNUKAN, INDONESIA
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) daerah ini mengiringi 86 rakyat Malaysia dan 22 warga Indonesia yang terkandas di Nunukan, Indonesia bagi memasuki Malaysia melalui perairan Tawau, pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten V. Siva Kumar berkata, operasi khas ini membabitkan sebuah aset bot ronda Maritim Malaysia serta bot ronda dari Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau bagi mengiringi kepulangan semua Individu terbabit.
Katanya, semua individu berkenaan menaiki sebuah feri khas atas kebenaran oleh Kerajaan Negeri Sabah dari Pulau...
Pekerja Syarikat Penghantaran Barang Maut Tersepit Lif.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Kota Kinabalu: Seorang pekerja syarikat penghantaran maut selepas tersepit pada lif ketika memunggah barang di stor sebuah pasar raya di Kingfisher, Likas, di sini, hari ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Joyden Joharis, 19, disahkan meninggal dunia oleh doktor dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Kota Kinabalu, jam 10.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, mangsa adalah pekerja sebuah syarikat penghantaran barang bagi syarikat pembekalan barangan di daerah ini.
"Ketika memunggah barang, mangsa naik ke...
Angkara Masalah Cinta, Dua Ditahan Ingkar PKP
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Beaufort: Gara-gara hasrat meluah masalah cinta, sepasang remaja lelaki dan perempuan terpaksa menanggung akibat apabila ditahan polis dalam operasi pemantauan Op Covid-19 di Beaufort Jaya, di sini, malam tadi.
Kedua-dua remaja berusia 18 dan 19 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort yang menjalankan tugas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada jam 7.20 malam.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, ketika rondaan tugas PKP itu, polis menemui pasangan remaja...
Dua Geng Lastik Ditahan, Seorang Masih Diburu
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Penampang: Dua ‘geng lastik’ berjaya ditahan, manakala seorang lagi masih diburu selepas didapati aktif menjalankan kegiatan pecah rumah sekitar daerah Penampang, Papar, Kota Kinabalu dan Tuaran.
Tiga rakan karib yang dikatakan berkenalan ketika menjalani hukuman penjara bersama-sama pada tahun 2014 dipercayai terbabit sekurang-kurangnya 14 kes pecah rumah dan curi kenderaan membabitkan nilai RM838,000.
Dua daripada suspek ditahan dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Manggatal, 17 April lalu dan berjaya menemui beberapa barangan hasil curi kumpulan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Penampang Deputi...
Dua Beradik Antara Enam Ditahan Kes Dadah.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Kota Kinabalu: Menagih ganja untuk berhibur dan menenangkan fikiran. Itu antara alasan diberikan enam individu termasuk dua beradik yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Likas, di sini, Selasa lalu.
Dalam serbuan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu jam 3 petang itu, semua suspek termasuk dua wanita berusia 23 hingga 29 tahun ditahan bersama dadah jenis ganja seberat 56.73 gram bernilai RM567.30.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner...
SPRM TAHAN DUA WARGA PAKISTAN.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Kota Kinabalu: Dua lelaki warganegara Pakistan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas cuba merasuah pegawai polis sebarang dorongan tidak mengambil tindakan terhadap mereka atas kesalahan memiliki rokok seludup.
Dalam kejadian jam 6.25 petang itu, kedua-dua lelaki terbabit ditahan sepasukan polis di kawasan Lido, Kepayan, di sini, bersama sejumlah rokok tanpa cukai pelbagai jenis.
Jurucakap SPRM Sabah dalam kenyataan medianya berkata, kedua-dua warga Pakistan berkenaan cuba memberi rasuah sebanyak RM500 dengan niat supaya dilepaskan pihak berkuasa.
Katanya, pegawai polis yang cuba...
Perketat Rondaan PKP Untuk Penduduk Pulau Gaya.
Fardy Bungga
asiatimerp@hotmail.com
Kota Kinabalu: Polis daerah ini akan terus memperkemaskan rondaan sekitar Pulau Gaya bagi memastikan penduduk di pulau berkenaan patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan berkata, penduduk di sekitar Pulau Gaya diminta supaya mengikuti arahan PKP yang memasuki fasa tiga sepenuhnya bagi mengelak penularan wabak COVID-19 ini.
Katanya, beliau bersama Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji serta Pasukan Polis Marin (PPM) mengadakan rondaan di kawasan Pulau Gaya, hari...



















