45 Kes Babitkan 55 Tangkapan Sepanjang PKP. -PPM
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Kota Kinabalu: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan seramai 55 individu di perairan negeri ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, 18 Mac lalu.
Semua penahanan berkenaan membabitkan 45 kes tangkapan atas pelbagai akta kesalahan termasuk perlanggaran arahan PKP, Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan penyeludupan.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, tangkapan terbaru dilakukan di daerah Tawau hari ini, apabila PPM berjaya menahan empat individu warganegara Filipina.
Katanya, semua individu berkenaan gagal menunjukkan dokumen diri...
Kilang Papan Kayu Perabot Musnah
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Papar: Sebuah kilang papan kayu perabot di Batu 1, Taman Green Field, di sini, musnah terbakar malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, bangunan kilang jenis tidak kekal berkeluasan 446 meter persegi berkenaan terbakar 100 peratus.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.55 malam daripada orang awam di tempat kejadian.
Katanya, dua jentera dan sebuah kenderaan utiliti kemudiannya dikerah bersama 18 anggota dan pegawai ke lokasi kejadian yang terletak tiga kilometer...
JKNS Tegaskan Pelajar Perlu Jalani Saringan Kesihatan dan Kuarantin.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menetapkan setiap pelajar Sabah yang balik ke negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Chistina Rundi berkata, perkara itu diwajibkan walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan Covid-19.
Bagaimanapun katanya, bagi pelajar yang mempunyai simptom seperti demam, batuk, selsema dan simptom berkaitan pula akan terus dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan dan tindakan selanjutnya.
“Setiap pelajar atau orang awam yang kembali ke Sabah...
Dua Tokan Syabu Dicekup.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Kota Kinabalu: Kecekapan pasukan polis menjalankan rondaan dan snap check berjaya membawa kepada penahanan ‘tokan’ dadah, dalam pemeriksaan di Jalan Kopungit, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, kedua-dua lelaki berusia 30-an yang mengaku baru selesai dari menghadiri majlis kenduri di Papar ditemui bersama bekalan syabu dan peralatan menagih dadah.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ketika ditahan, polis turut menemui alat penimbang yang dipercayai untuk digunakan bagi urusniaga dadah berkenaan.
Katanya, kedua-dua lelaki...
SEBUAH RUMAH DI KAMPUNG KETIAU MUSNAH TERBAKAR
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Kota Kinabalu: Litar pintas dipercayai punca sebuah rumah di Kampung Ketiau, Jalan Tombovo, Putatan, di sini, musnah terbakar.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis tidak kekal dua tingkat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.40 pagi sebelum mengerahkan dua jentera dan sebuah ambulan ERMS bersama 12 anggota dan pegawai ke lokasi kejadian.
Katanya, operasi turut dibantu sebuah jentera pemadam api dan enam anggota dari Pasukan Bomba Kem...
MEF HARAP KERAJAAN BENARKAN SYARIKAT KECIL BEROPERASI SECARA BERPERINGKAT SEMASA PKP
KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berharap kerajaan membenarkan syarikat terutamanya syarikat kecil untuk beroperasi semula secara berperingkat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menggerakkan semula ekonomi.
Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan berkata buat masa ini keupayaan majikan untuk menanggung gaji pekerja tanpa sebarang pendapatan adalah amat mencabar kerana kebanyakan syarikat di Malaysia adalah syarikat kecil yang mempunyai kurang daripada lima pekerja.
Beliau berkata pelaksanaan PKP memberi kesan terhadap lebih 650,000 majikan di seluruh negara ketika ini kerana mereka tidak mempunyai simpanan atau dana yang besar.
“Adalah lebih elok syarikat-syarikat...
TLDM TUBUH PUSAT KUARANTIN SEBAGAI LANGKAH KEKANG COVID-19
KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengambil insiatif menubuhkan beberapa pusat kuarantin sebagai langkah mengekang penularan wabak COVID-19 dalam kalangan warganya.
Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata pusat kuarantin itu diwujudkan khusus untuk warga TLDM yang mempunyai simptom COVID-19 dan mereka ini akan diletakkan di bawah pengawasan untuk saringan kesihatan.
Beliau berkata antara lokasi pusat kuarantin adalah di Bangunan A 33 bagi warga yang berada di sekitar Pangkalan TLDM Lumut, Perak dan Bangunan 4 Transit Pulau Uda di Pangkalan TLDM...
TARIKH AKHIR PERMOHONAN BAHARU, RAYUAN BPN PADA 30 APRIL
CYBERJAYA: Semua permohonan baharu dan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 30 April ini, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menurut LHDN, isi rumah atau individu bujang yang memenuhi kriteria yang ditetapkan tetapi tidak tersenarai atau tidak lulus BPN boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my.
"Setiap permohonan baharu dan rayuan yang diterima akan mula diproses pada bulan Mei 2020. Bagi permohonan yang lulus, bayaran secara sekali gus juga akan dilakukan pada bulan Mei 2020,"...
14 Individu Termasuk Lapan Pelajar Sekolah Ditahan Berjudi.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Lahad Datu: Seramai 14 individu termasuk lapan pelajar sekolah ditahan selepas disyaki menjalankan kegiatan perjudian di sebuah rumah tidak bernombor, di Kampung Teck Guan, Jalan Segama, di sini, Jumaat lalu.
Dalam serbuan jam 10 malam itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu berjaya menahan 13 lelaki dan seorang perempuan berusia lingkungan 13 hingga 26 tahun.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, ketika serbuan, pihaknya turut berjaya merampas peralatan yang...
Bosan PKP, Sekumpulan Lelaki Bermain Sabung Ayam Dan Judi Ketam-Ketam.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Tenom: Walaupun menyedari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan, sekumpulan lelaki yang mengaku bosan duduk di rumah nekad ingkar arahan dengan keluar rumah dan bermain sabung ayam serta judi ketam-ketam.
Bagaimanapun tindakan mereka itu akhirnya membawa padah apabila diserbu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom, dalam kejadian di sebuah kebun di Kampung Mampusu, di sini, jam 2.50 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, sebaik tiba di lokasi itu, polis mendapati sekumpulan 10...



















