BM/ENG NEWS

Dua Keluarga Ditahan Ingkar PKP

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com Beaufort: Mengaku faham akan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan, namun tetap ingkar dengan keluar rumah lebih dari seorang untuk membeli barang keperluan. Itu pengakuan lima individu dari dua keluarga yang ditahan polis selepas didapati melanggar arahan PKP dalam pemeriksaan di Jalan Padas Utama, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, kes pertama membabitkan tiga sekeluarga yang ditahan jam 12.40 tengah hari. Katanya, tiga sekeluarga berusia 25 hingga 52 tahun yang mengaku keluar bersama...

PONDAN DAN 14 LELAKI DITAHAN INGKAR PKP

PADANG BESAR: Seorang pondan dan 14 lelaki termasuk seorang warga Thailand ditahan di sebuah pondok di Kampung Panggas Besar dekat sini, semalam kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Besar, DSP Shahrim Azhar berkata kesemua suspek berumur antara 20 hingga 54 tahun itu ditahan ketika sedang leka berkumpul dan berbual kira-kira 5.00 petang semalam. “Ketika serbuan dilakukan, polis menahan seramai enam lelaki. Selebihnya berjaya ditahan 30 minit kemudian ketika melarikan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, warga Thailand yang ditahan tidak...

LELAKI LEMAS MANDI DI LAUT

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com Tawau: Seorang lelaki berusia 30 tahun maut selepas lemas ketika bermandi-manda di laut dalam kejadian di Jalan Apas, Batu 3 1/2 di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Abd Mutalib Ali Hussin, 30, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.36 pagi. Katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi menggunakan jentera dan sebuah jentera kecemasan Emergency Medical Rescue Services (EMRS). “Mangsa...

Tiga Penagih Ditahan Ingkar PKP

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com SIPITANG: Seorang wanita antara tiga individu yang ditahan selepas didapati bukan saja ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah dalam keadaan khayal syabu ketika cuba melepasi sekatan jalan raya di Kampung Merintaman, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 5 petang itu, ketiga-tiga suspek yang menaiki Perodua Alza ditahan polis selepas didapati dalam keadaan mencurigakan. Ketua Polis Daerah Sipitang Champin Piuh berkata, pemeriksaan mendapati suspek lelaki berusia 28 dan 32 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Katanya, hasil siasatan lanjut, kedua-dua...

Penduduk Di Tiga Kampung Terima Bantuan.

Fardy Bungga asiatimes@hotmail.com Kota Kinabalu: Penduduk di tiga kampung di sini iaitu Kampung Pinahawon, Kampung Tiku dan Kampung Ruminding, Telipok, menerima bantuan bekalan makanan daripada Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam, hari ini. Bantuan itu diberikan kepada penduduk yang terjejas pendapatan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan wabak Coronavirus (COVID-19). Sumbangan yang diberikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, YB Kenny Chua itu disampaikan oleh wakilnya, Kapitam Cina Inanam Leslie Chin. Leslie ketika ditemui berkata, bantuan ini akan diteruskan ke kawasan...

DOKTOR MALAYSIA BERTUGAS DI UK , KORBAN COVID-19

KUALA LUMPUR: Seorang doktor Malaysia yang merupakan pakar runding neonatologi  di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Birmingham merupakan antara korban COVID-19 di United Kingdom dengan angka kematian kini menghampiri 20,000 kes. Menurut Birmingham Women's and Children's NHS Foundation Trust dalam hantaran pada laman sesawang rasminya pada Jumaat menyatakan Dr Vishna Rasiah, 48, meninggalkan isterinya, Liza dan seorang anak perempuan, Katelyn.  Bagaimanapun, tempat asal mendiang di Malaysia belum dapat dipastikan.   “Beliau dihormati di seluruh Midlands menerusi peranannya sebagai Ketua Klinikal untuk rangkaian neonatal wilayah,” menurut...

HISHAMMUDDIN ZAHIR TERIMA KASIH KEPADA SINGAPURA, BANTU BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menzahirkan ucapan terima kasih kepada Singapura atas bantuan membawa pulang 91 rakyat Malaysia yang terkandas di Riyadh, Arab Saudi. Ini berikutan ketiadaan penerbangan akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini. "Terima kasih kerajaan Singapura atas budi baik menumpangkan rakyat Malaysia dari Riyadh ke Singapura menggunakan pesawat bantuan kemanusiaan Saudia Airlines yang dihantar untuk bawa pulang rakyat Singapura yang turut terkandas di Arab Saudi," katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook rasminya, hari...

JUMLAH TAHANAN INGKAR PKP TUNJUK TREND PENURUNAN – ISMAIL SABRI

PUTRAJAYA: Jumlah tangkapan ingkar Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan trend penurunan dengan hanya 386 individu ditahan semalam berbanding 550 pada hari sebelumnya. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan berharap trend penurunan jumlah mereka yang ditahan kerana ingkar PKP akan berterusan. "Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakyat yang kita lihat mula menyedari dan mematuhi setiap arahan PKP. "Terima kasih juga kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan semua agensi yang terlibat bagi...

LELAKI MAHU PUKUL IBU GUNA CANGKUL SELEPAS DIGANGGU KETIKA TIDUR

PARIT: Berang diganggu ketika tidur, seorang lelaki nekad hendak memukul ibunya menggunakan sebatang cangkul dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jalan Ulu Dedap, Kampung Gajah di sini, semalam.  Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, suspek yang berumur 32 tahun dan bekerja sebagai pembantu di kedai makan milik ibunya turut memukul dua adik perempuannya menggunakan penyapu.  Katanya, kejadian berlaku apabila suspek sedang tidur di atas katil di ruang rehat rumah sebelum...

TIGA PRODUK KOSMETIK MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL – KP KESIHATAN

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai berhenti membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual yang boleh memudaratkan kesihatan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tiga produk berkenaan iaitu Sifu Kunyit Day Cream, Sifu Kunyit Night Cream dan JJ Skincare Glowhite Night Cream, dikesan mengandungi hydroquinone, tretinoin, betamethasone valerate dan merkuri. Susulan itu, beliau berkata notifikasi produk berkenaan sudah dibatalkan dan ia tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia. “Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone valerate adalah ubat yang perlu berdaftar...

最新上载