Lima Keluarga Hilang Tempat Tinggal
Fardy Bungga
asiatimesrp.com.my
Kota Marudu: Lima keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Roson, Pitas, di sini, musnah terbakar, hari ini.
Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 5.30 pagi itu membabitkan tiga rumah yang musnah terbakar dan dihuni seramai 28 mangsa.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.47 pagi.
Katanya, dua jentera dan sebuah kenderaan utiliti dikerah bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Balai Bomba Kota Marudu.
“Sebaik...
Enam Ditahan Ingkar PKP
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Beaufort: Lima lelaki dan seorang wanita ditahan selepas didapati dengan sengaja melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan dalam sekatan jalan Op Covid-19, di Jalan Membakut Jaya, di sini, semalam.
Dalam pemeriksaan jam 8.30 malam itu, semua individu berusia 37 hingga 61 tahun terbabit didapati bergerak keluar dari kediaman masing-masing dan berada di tempat awam tanpa alasan yang dibenarkan.
Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, semua individu yang memandu kenderaan masing-masing berkenaan terus ditahan dan dibawa...
Pelajar Maut Rempuh Lembu
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Keningau: Seorang pelajar maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor lembu yang dikatakan melintas jalan secara tiba-tiba dalam kejadian di Jalan Pasir Putih, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa lelaki berusia 17 tahun dilaporkan meninggal dunia ditempat kejadian akibat parah dibahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan bergerak dari Taman Golf View menuju ke Taman Luagan melalui Jalan Pasir Putih.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang...
Ingkar PKP, Lelaki Mabuk Ditahan
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Beaufort: Gara-gara mabuk dan terbaring di hadapan sekolah rendah di Kampung Karangan, di sini, seorang lelaki ditahan polis selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.
Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, lelaki berusia 47 tahun ditahan Unit Kereta Peronda ( MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, yang menjalankan rondaan penguatkuasaan PKP, sekitar pekan daerah itu.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Azmir Abd Razak berkata, siasatan awal mendapati suspek yang tinggal di Kampung Beringgin Gadong, di sini, dikatakan keluar...
CUCKOO SEDIAKAN PENAPIS AIR UNTUK PUSAT KUARANTIN COVID-19 DI KOMPLEKS SUKAN KOTA KINABALU.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Kota Kinabalu: CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO) membantu melengkapkan pusat kuarantin sementara yang terletak di Kompleks Sukan Likas dengan kemudahan penapis air secara percuma.
Sebelum ini, CUCKOO juga telah melengkapi pusat kuarantin di MAEPS Serdang, yang menjadikan nilai keseluruhan kemudahan penapis air dan penapis udara yang disumbangkan sehingga mencecah lebih RM200,000.
Ketua Pengarah Eksekutif CUCKOO, Hoe Kian Choon berkata, sokongan yang diberikan itu adalah sebahagian daripada usaha syarikat itu dalam membantu kerajaan menangani wabak Covid-19.
Katanya, Ini adalah usaha kedua...
DBKK Sudah Melakukan Proses Nyah Kuman Di 102 Lokasi Tumpuan.
Fardy Bungga
Photo & Video: CV Chong.
asiatimesrp@hotmail.com
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sudah melakukan proses nyah kuman di 102 lokasi tumpuan sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Antara lokasi yang dinyah kuman adalah Pasar Besar Kota Kinabalu, rumah ibadah seperti masjid, surau dan gereja serta pejabat jabatan kerajaan.
Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman berkata, langkah itu dijadikan proses harian sejak fasa pertama PKP pada Mac lalu.
Katanya, langkah itu diharap dapat membendung penularan wabak Covid-19 terutamanya di kawasan berpotensi tinggi...
Penunggang Motosikal Maut.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Tawau: Seorang penunggang maut manakala seorang lagi patah hidung selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dalam kejadian di Jalan Merotai-Bombalai, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa pertama yang maut A.Yogaruban, dikatakan cuba memasuki simpang di sebelah kanan jalan berkenaan.
Bagaimanapun, penunggang motosikal kedua yang berada di belakang mangsa pertama cuba memotongnya dari sebelah kanan.
Akibat daripada kejadian itu, kedua-dua mangsa berlanggar dan mangsa yang maut terseret sejauh 17 meter.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata,...
Maritim Malaysia Rampas 210 Karton Rokok Seludup.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Semporna berjaya mematahkan cubaan membawa masuk 210 karton rokok pelbagai jenama yang dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan, semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, semua rokok berkenaan cuba diseludup masuk menggunakan sebuah bot di perairan Singamata, Pulau Bum Bum.
Namun usaha penyeludup berkenaan tidak kesampaian apabila berjaya dikesan bot ronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.
Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Norrimi Hassan berkata, sebaik mengesan kehadiran bot...
Dua Lelaki Yang Disyaki Terbabit Aktiviti Jenayah Ditahan.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Sipitang: Dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam aktiviti jenayah di Kampong Mendalong, di sini, ditahan polis selepas seorang daripada mereka didapati memiliki peluru hidup.
Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, suspek pertama berjaya ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di kampung berkenaan pada jam 11.30 pagi, semalam.
Katanya, hasil pemeriksaan, polis menemui dua butir peluru jenis F2 Big Yame dan jenis 5.56mm ball yang disimpan di bilik tidur suspek yang berusia 40 tahun terbabit.
“Siasatan awal mendapati, suspek...
Wanita Halang Tugas Polis Ditahan
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Penampang: Seorang wanita yang bertindak biadap terhadap pihak berkuasa selepas ditegur dalam pemeriksaan Op Covid-19 di kawasan kedai di Taman Ketiau, di sini, ditahan polis, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.25 petang itu, wanita berusia 28 tahun itu dikatakan memarahi pegawai dan anggota polis apabila diarahkan beredar selepas dia ditemui berborak bersama beberapa individu lain di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, wanita berkenaan terus berkeras sebelum akhirnya ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menghalang tugas polis.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi...



















