SABAH DECIDES NOT TO IMPLEMENT CMCO
KOTA KINABALU: The Sabah government is not implementing the Conditional Movement Control Order (CMCO) that will allow the reopening of certain economic activities and sectors this May 4 as announced by the federal government last Friday.
Chief Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said the state government would maintain with the enforcement of phase four of MCO which ends on May 12.
“I call on the people to continue to comply with phase four of MCO that is currently enforced,” he said in...
KPN HARAP HUKUMAN MAKSIMUM TERHADAP PEMANDU MABUK SEBABKAN KEMATIAN.
SERDANG: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berharap pemandu kenderaan yang tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya dan orang ramai sehingga menyebabkan kematian dikenakan hukuman maksimum atas perbuatan mereka.
Beliau berkata hukuman itu adalah sebagai pengajaran kepada semua pihak agar perkara seperti itu tidak berulang.
“Ada segelintir individu yang tidak menghiraukan langsung keselamatan pengguna dan petugas di jalan raya.
“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua pergerakan dihadkan. Namun, ada lagi yang sempat mengambil minuman keras dan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kemalangan...
Keputusan Tidak Laksana PKPB Wajar: Ewon
KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick menegaskan keputusan Kerajaan Negeri untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) adalah wajar.
"Saya menyokong penuh keputusan seperti yang dinyatakan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal kerana kita mahu memastikan usaha membendung penularan pandemik Covid-19 berterusan dengan jayanya.
“PKP 4 berkuatkuasa sehingga 12 Mei, maka kita beri tempoh ini sebaiknya untuk menjayakan pembendungan pandemik ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan...
Sabah Tidak Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memutuskan untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jumaat lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan itu bagi meneruskan usaha membendung penularan wabak Covid-19.
Katanya, ia juga bagi memastikan rakyat tidak mudah terdedah kepada jangkitan virus Covid-19.
“Susulan keputusan itu, Sabah mengekalkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap empat yang akan berakhir pada 12 Mei.
“Oleh itu, saya menyeru rakyat untuk terus mematuhi Perintah Kawalan...
Jumlah SJR Akan Dikurangkan Mengikut Kesesuaian.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Kota Kinabalu: Bilangan Sekatan Jalan Raya (SJR) di kawasan bandaraya ini akan dikurangkan bergantung kepada kesesuaian semasa selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesesuaian jumlah SJR itu akan dinilai semula pada 4 Mei ini berdasarkan syarat PKPB yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.
Katanya, setakat ini, jumlah SJR yang dilaksanakan di bandaraya ketika ini adalah sebanyak enam pusat pemeriksaan dan ianya mungkin akan dikurangkan.
“Ketika ini, Ibu Pejabat Polis Daerah...
Gurauan Melampau
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
TENOM: Bunyi tangisan 'kuntilanak' menangis yang tular di media sosial sejak pagi tadi dipercayai dilakukan individu tidak bertanggungjawab untuk cuba menakutkan petugas sekatan jalan raya Op Covid-19 di Jalan Tenom - Sipitang, semalam.
Kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira jam 10.30 malam itu disedari lima anggota terdiri daripada tiga anggota polis dan dua anggota Rela di pusat pemeriksaan berkenaan.
Mereka terus cuba mengesan punca bunyi berkenaan yang kemudiannya hilang selepas beberapa saat namun sempat dirakam anggota petugas lain.
Ketua Polis Daerah Tenom,...
10 Lelaki Ingkar PKP Ditahan
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Papar: 10 lelaki ditahan selepas didapati ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tiga kawasan berasingan di daerah ini, semalam.
Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, semua lelaki yang ditahan adalah rakyat tempatan berusia 20 hingga 40 tahun.
Katanya, semua individu berkenaan ditahan selepas didapati berada di tempat awam di sekitar pekan Papar, Kinarut dan Bongawan.
“Tangkapan dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan & Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)...
PPM BERJAYA SEKAT AKTIVITI SELUDUP BARANG KAWALAN KETIKA PKP
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan dua lelaki tempatan yang cuba menyeludup bahan bakar bersubsidi ke negara Filipina, semalam.
Dalam tangkapan jam 1.30 petang itu, kedua-dua lelaki berusia 19 dan 42 tahun terbabit ditemui bersama beberapa gelen minyak petrol ketika berada perairan daerah ini.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, kejayaan itu adalah hasil maklumat Unit Risikan Marin (URM) Semporna yang mengesan kegiatan kedua-dua suspek.
Katanya, hasil penahanan kedua-dua suspek membawa kepada serbuan terhadap sebuah...
Wanita Warga Asing Mati Ditikam
Fardy Bungga
asiatimes@hotmail.com
KENINGAU: Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dipercayai ditikam dalam kejadian di kuarters sebuah kilang di Jalan Ulu Patikang, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa berusia 45 tahun terbabit ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah dan terbaring di pintu masuk rumahnya.
Mangsa difahamkan tinggal di kilang itu sambil berniaga menjual barangan keperluan untuk penduduk kuarters berkenaan.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tikaman.
"Turut...
Lima Bersaudara Ditahan Dalam Sesi Berkumpul Sambil Minum Arak.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Tuaran: Sesi bergembira sambil minum arak lima bersaudara berakhir malang apabila semua mereka ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kotonuan Baru, Kiulu, hari ini.
Dalam serbuan jam 1 tengah hari itu, kelima-lima lelaki berusia 19 hingga 42 tahun terbabit didapati sedang leka bersembang meminum minuman beralkohol jenis arak dan montoku tanpa mempedulikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan.
Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, bertindak atas maklumat dan aduan awam, polis melancarkan...


















