FGV SOKONG USAHA KERAJAAN SABAH KEKANG COVID-19 DI WILAYAH SAHABAT
KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) memberikan komitmen penuh menyokong usaha kerajaan Sabah dalam mengekang penularan COVID-19 di Wilayah Sahabat, Lahad Datu susulan kes positif wabak itu di kawasan tersebut.
Ia berkata sokongan itu diberikan menerusi pematuhan prosedur operasi standard yang radikal dan tegas di semua ladang dan kilang untuk memastikan risiko terhadap keselamatan dan kesihatan semua petugas berada pada tahap minimum.
“FGV ingin mengesahkan bahawa tiada petugas di Wilayah Sahabat, Lahad Datu positif COVID-19.
“FGV menegaskan semula bahawa keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan para...
SABAH TETAPKAN DUA KADAR ZAKAT FITRAH TAHUN INI SEBANYAK RM6 DAN RM7.50
KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), hari ini menetapkan kadar zakat fitrah untuk negeri Sabah berdasarkan dua kadar zakat iaitu RM6.00 bagi golongan yang terkesan dan RM7.50 untuk golongan yang kurang terkesan, dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Yang Di-Pertua MUIS Datuk Seri Hasbullah Mohd Taha berkata, ia bagi meringankan beban umat Islam untuk menunaikan zakat pada tahun ini.
"Jumlah bayaran yang perlu dibuat bergantung kepada kemampuan pembayar dan ketua keluarga.
"Umat Islam di Sabah boleh memilih untuk membayar antara dua kadar...
KIRA-KIRA 343,400 TELAH TERIMA BANTUAN COVID-19 DI SABAH SEHINGGA JUMAAT LEPAS.
KOTA KINABALU: Kira-kira 343,400 orang telah menerima bantuan COVID-19 di seluruh negeri ini sehingga Jumaat lepas melibatkan peruntukan RM65,241,900, kata Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Antara penerima bantuan itu terdiri daripada golongan berpendapatan rendah B40, golongan penjaja dan peniaga kecil, pesakit COVID-19, petugas di barisan hadapan, serta masyarakat mudah terjejas.
“Pelaksanaan bantuan berkenaan masih berterusan dan diharap dapat meringankan kesulitan dalam menampung keperluan harian rakyat ketika ini.” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab...
PKP: KERTAS SIASATAN LIBATKAN TIMBALAN MENTERI KESIHATAN DIJANGKA SIAP HARI INI
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kehadiran Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pada majlis makan di sebuah maahad tahfiz di Perak yang dikatakan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijangka siap hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata kertas siasatan itu akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
“Siasatan sedang aktif dijalankan dan (kertas siasatan) dijangka siap hari ini. Semua kes yang tular seperti ini pasti akan disiasat dan diambil tindakan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Terdahulu, beberapa gambar dimuat naik...
Lima Ingkar PKP Ditahan
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Papar: Lima individu ditahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, selepas didapati ingkar terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.
Semua individu berusia 20 hingga 50 tahun itu ditahan di beberapa Sekatan Jalan Raya (SJR) sekitar kawasan Papar, Kinarut dan Bongawan.
Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, semua lima individu yang ditahan akan direman untuk siasatan lanjut.
“Kesalahan yang dilakukan adalah mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam...
Wanita Ditemui Mati Tersepit Di Bawah Kereta.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
KENINGAU: Seorang wanita berusia 40-an ditemui mati tersepit di bawah sebuah kereta di hadapan rumahnya, di Kampung Biah, Batu 4, di sini, semalam.
Mayat wanita terbabit ditemui suaminya pada jam 7.10 malam, sebelum menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan segera.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditemui di bawah kereta jenis Hyundai di hadapan rumah mangsa sendiri.
Katanya, pasukan perubatan yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia selepas...
14,414 PERMOHONAN BANTUAN PENDUDUK SABAH DI SEMENANJUNG DIPROSES
KOTA KINABALU : Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di Kuala Lumpur telah memproses sebanyak 14,414 permohonan bantuan COVID-19 bagi warga Sabah golongan B40 yang bekerja di Semenanjung.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, berkata kesemua permohonan berkenaan adalah yang direkodkan sehingga semalam dan jika layak akan menerima bantuan RM300 secara sekali bayar.
“Daripada jumlah itu sebanyak 11,347 permohonan telah dibayar dan dikreditkan melalui akaun masing-masing dan 35 permohonan telah dibayar secara tunai.
“Selain itu, sejumlah 1,606 pemohonan telah ditolak kerana tidak memenuhi syarat B40...
COVID-19: SARINGAN BERSASAR DI SABAH, ORANG RAMAI DIGESA BERI KERJASAMA
KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaksanakan aktiviti saringan bersasar di lokaliti tertentu di negeri ini bagi mengesan kes-kes COVID-19 dalam kalangan masyarakat.
Pengarahnya Datuk Dr Christina Rundi berkata sehubungan itu, beliau meminta orang ramai memberi kerjasama semasa aktiviti itu dilaksanakan dan tidak cuba untuk mengelak daripada disaring kerana tidak mahu dikuarantin.
“Sekali lagi, orang awam dinasihatkan untuk tidak bersikap negatif terhadap mereka yang dikenakan kuarantin kerana ini boleh menyukarkan pelaksanaan aktiviti saringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau...
COVID-19: SABAH HEALTH DEPT CONDUCTS SCREENING IN TARGETED LOCATIONS
KOTA KINABALU: The Sabah Health Department (JKNS) is currently conducting health screening exercise in targeted areas in the state to detect COVID-19 cases in communities.
Thus, members of the public are advised to cooperate and not to try to avoid it just because they do not want to be quarantined, said its director Datuk Dr Christina Rundi.
“Members of the public also should not show negative attitudes towards those who are quarantined as this could complicate the screening process,” she said in...
DUNIA TERUS SAKSIKAN PENINGKATAN KES KORBAN COVID-19 MELEBIHI 160,000 ORANG
ANKARA: Jumlah korban COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat pada Ahad, menyaksikan 160,518 nyawa terkorban, menurut Johns Hopkins University lapor agensi berita Anadolu.
Sementara jumlah kes jangkitan dan pesakit pulih pula masing-masing berjumlah 2,328,124 dan 594,192.
AS terus menjadi negara paling teruk diancam virus maut itu, dengan kes jangkitan sebanyak 734,550 dan korban melebihi 38,830 kematian.
Diikuti Itali mencatatkan bilangan kematian kedua tertinggi dengan 23,227 manakala Sepanyol merekodkan kes jangkitan kedua paling banyak iaitu melebihi 194,410.
Virus maut itu telah merebak ke 185...


















