BM/ENG NEWS

Perkhidmatan Kaunter Jabatan Imigresen Dibuka Semula.

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com KOTA KINABALU: Perkhidmatan kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah kini dibuka semula untuk orang ramai. Pengarah Imigresen Negeri Sabah Datuk Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, semua kaunter perkhidmatan yang dibuka semula hanya membabitkan tujuh bahagian. Katanya, setakat ini, kaunter perkhidmatan membabitkan bahagian keselamatan dan pasport hanya untuk urusan rasmi bagi mereka yang belajar atau bekerja di luar negara. "Bahagian Visa Pas dan Permit pula dibuka untuk urusan permohonan lanjutan pas lawatan sosial jangka panjang, pas kerja Malaysia, pas pelajar,...

Hargai Sumbangan Pasukan Keselamatan

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com Kota Kinabalu: Risiko yang dihadapi pasukan polis dalam menjaga keamanan dan keselamatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat dihargai masyarakat. Perkara itu diserlahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Kenny Chua, yang menyampaikan sumbangan buah kurma kepada Balai Polis Karamunsing dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang sebagai tanda penghargaan kepada pihak polis. Kenny berkata, sumbangan berkenaan adalah untuk rakan-rakan pasukan polis terutamanya mereka yang beragama Islam berbuka puasa. Katanya, sumbangan itu diberikan secara ikhlas kepada PDRM atas kesedaran betapa pentingnya...

Penerbangan Ihsan Bodevac.

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com Kota Kinabalu: Satu penerbangan ihsan bodevac membawa jenazah Konstabel Mohd Naim Ahmad Daud, 26, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Jambatan Sri Saujana, Putrajaya, khamis lalu, dihantar pulang ke Tawau, hari ini. Penerbangan jam 12.30 tengah hari itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan tiba di Lapangan Terbang Tawau kira-kira jam 1.40 petang. Komander PGU Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Lokman Abdul Hadi, jenazah allahyarham Mohd Naim sebelum itu tiba dari Kuala Lumpur menggunakan pesawat komersial. "Jenazah...

COVID-19:PEJABAT KESIHATAN TAWAU KESAN PENUMPANG PENERBANGAN AK5742, AK5740 SUSULAN KES POSITIF

  TAWAU: Kesemua 402 penumpang penerbangan AirAsia AK5742 dan AK5740 yang tiba di Lapangan Terbang Tawau pada 1 dan 4 Mei lalu diminta hadir ke klinik kesihatan terdekat bagi menjalani ujian saringan kedua COVID-19 susulan kes positif yang dikesan dalam kedua-dua penerbangan terbabit. Pegawai Kesihatan Kawasan II Tawau Dr Suzalina Sulaiman berkata setakat 8 pagi tadi seramai 39 individu termasuk lapan pelajar tampil menjalani ujian berkenaan di klinik kesihatan di Kubota di sini. Individu yang dikesan positif dalam kedua-dua penerbangan berkenaan tidak bersimptom,...

KUDAT TAHAN DUA KAPAL TUNDA

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com Kudat: Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat berjaya menahan dua kapal tunda yang melakukan kesalahan di kawasan Barat Laut, Tanjung Simpang Mengayau, di sini, kelmarin. Komander PPM Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Mohammad Pajeri Ali berkata, kedua-dua kapal tunda berkenaan masing-masing ditahan pada jam 9 pagi dan 10.30 pagi di lokasi sama. Katanya, bot pertama yang dikendalikan juragan berusia 40 tahun itu didapati menjalankan aktiviti menunda ikan di kawasan pantai barat dan tidak mengikut syarat seperti tercatat di Lesen Perikanan. “Syarat yang...

10 Individu Membabitkan Anggota dan Keluarga PPM Masih Dikuarantin

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com KOTA KINABALU: 10 individu membabitkan empat anggota Pasukan Polis Marin (PPM) bersama enam ahli keluarga mereka masih menjalani proses kuarantin. Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, beliau mendoakan agar tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku dan semua mereka akan selamat menjalani kuarantin sehingga 16 Mei depan. Katanya, sebelum ini, jumlah anggota yang diarahkan menjalani pemeriksaan Covid-19 adalah seramai 24 orang membabitkan empat pegawai dan 16 anggota. “Syukurlah 24 daripada mereka iaitu empat pegawai, 16 anggota serta...

Penjenayah Ditahan Kurang 24 Jam Selepas Melakukan Pecah Rumah.

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com Kudat: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes pecah rumah selepas tertangkapnya seorang lelaki kurang 24 jam selepas melakukan kegiatan jenayah di sekitar daerah ini, Ahad lalu. Hasil kecekapan siasatan pasukan polis, suspek seorang penganggur berusia 23 tahun itu berjaya ditahan kira-kira jam 12 tengah hari di sebuah rumah di pekan daerah ini. Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, berdasarkan laporan kejadian pecah rumah sehari sebelum tangkapan, suspek didakwa memecah masuk sebuah...

Bekas Penghuni Hospital Mesra Bukit Padang Bunuh Diri

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com Tuaran: Seorang bekas penghuni Hospital Mesra Bukit Padang yang dipercayai masih mengalami gangguan mental ditemui mati dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat empat perumahan Taman Telipok Ria, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa berusia 30-an itu ditemui berlumuran darah di kawasan parkir oleh penduduk sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada penduduk sekitar yang melihat...

KPDNHEP Periksa 13,444 Premis Sepanjang PKP Di Sabah

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com Kota Kinabalu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah sudah menjalankan pemeriksaan terhadap 13,444 premis perniagaan di negeri ini, sejak 18 Mac lalu hingga semalam. Pengarah KPDNHEP Sabah, Georgie Abas berkata, pemeriksaan itu membabitkan pelbagai jenis premis perniagaan meliputi kawasan bandar dan luar bandar di seluruh negeri ini. Katanya, setakat ini sebanyak 37 tindakan kes berjaya dikesan sepanjang PKP mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan. “Hasil daripada semua kes berkenaan, KPDNHEP turut berjaya merampas pelbagai barangan bernilai RM298,077.15. "Selain itu, sebanyak...

Enam Remaja Berusia 12 Hingga 17 Tahun Ditahan Membabitkan Kes Pecah Rumah.

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com Kudat: Enam remaja berusia 12 hingga 17 tahun ditahan selepas didapati terbabit dalam kegiatan pecah rumah di sekitar daerah ini, Jumaat lalu. Semua keenam-enam remaja tempatan terbabit ditahan di rumah masing-masing dalam serbuan bermula jam 2 pagi hingga jam 4.30 pagi. Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, bertindak atas maklumat pihaknya berjaya menahan semua enam remaja yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah. Katanya, siasatan mendapati semua suspek remaja terbabit sekurang-kurangnya tiga kes pecah rumah di sekitar...

最新上载