Seorang Penghantar Dadah Dan Tujuh Penagih Ditahan.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Sipitang: Polis daerah ini berjaya menahan seorang penghantar dadah dan tujuh lagi individu yang disyaki penagih dadah, Jumaat lalu.
Semua suspek berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun itu berjaya ditahan berikutan tertangkapnya lelaki penghantar dadah yang dipercayai menggunakan kaedah 'cash on delivery' (COD) atau bayar selepas terima.
Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, ketika tugasan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Op Covid-19, di Batu 1, Jalan Sipitang -Sindumin, di sini, polis menahan sebuah motosikal yang ditunggang lelaki...
Bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum Menyumbangkan Roti Kepada PDRM.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Kota Kinabalu: Bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum menyumbangkan roti kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah untuk petugas sekatan jalan raya.
Difahamkan, Pengerusi Kim Teck Cheong Consolidated Bhd (KTC) itu sudah menyampaikan sebanyak 10,000 roti sejak minggu lalu untuk petugas Op Covid-19.
Pengarah Eksekutif KTC, Dexter Lau berkata, sumbangan berkenaan adalah sebagai tanda penghargaan kepada pasukan keselamatan negara yang juga barisan hadapan menentang Pandemik Covid-19.
Katanya, walaupun terdapat sedikit gangguan bekalan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun, usaha berterusan...
52 Pesalah PKP Dihadapkan Ke Mahkamah.
Fardy Bungga
asiatimerp@hotmail.com
KOTA KINABALU: Seramai 52 individu termasuk dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keluar daripada rumah masing-masing tanpa alasan munasabah.
49 daripada tertuduh berusia antara 19 hingga 69 tahun itu mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles.
Tertuduh yang mengaku salah ialah Purudong Sapahani,Mohd Fouzi Mohd Sujeri, Mohd Sezalmie Mohammad, Crispin Kiwong, Patrick Kinsan, Salihan Mohd Saleh, Alfred Nicko Nuat, Mohd Al Asri...
SIASAT DENGAN TELUS DAN AMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA.
Fardy Bungga
asiatimearp@hotmail.com
Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa siasatan telus perlu dilakukan membabitkan dakwaan insiden Pengarah Imigresen Sabah mengherdik petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Presidennya, Adnan Mat berkata, sekiranya perkara ini benar-benar berlaku seperti yang didakwa maka pihak CUEPACS melahirkan rasa kekesalan kerana tindakan berkenaan tidak patut dilakukan oleh seorang pegawai kerajaan.
Katanya, CUEPACS menggesa supaya Jabatan Imigresen sendiri menyiasat insiden berkenaan bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang pada masa akan datang.
“Tindakan seperti ini tidak...
SCCC Sumbangkan 3,000 Topeng Muka Kepada DBKK.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Kota Kinabalu: Dewan Perniagaan Cina Sabah (SCCC) menyumbangkan 3,000 topeng muka kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk diedarkan kepada tenaga kerjanya.
Sumbangan berkenaan diberikan bagi membantu meningkatkan penjagaan keselamatan diri setiap pegawai dan anggota DBKK dalam menjalankan tugasan setiap hari, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Sumbangan disampaikan Pengerusi SCCC, Datuk Frankie Liew bersama barisan pimpinan tertinggi SCCC kepada Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman, di Bangunan DBKK, hari ini.
Datuk Nordin Siman ketika ditemui berkata, sumbangan ini bukan...
Tiga Ditahan Minum Arak Di Belakang Restoran.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
BEAUFORT: Tiga sekawan yang didapati minum arak di belakang sebuah restoran di Beaufort Jaya, di sini, ditahan polis selepas didapati ingkar terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, ketiga-tiga lelaki berusia 23 hingga 26 tahun itu ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort dalam Op Covid-19.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek berkumpul dan meminum minuman keras di belakang sebuah restoran.
Katanya,...
Ingkar PKP, Sembilan Individu Dihadap Ke Mahkamah
Fardy Bungga
asiatimearp@hotmail.com
Tenom: Sembilan lelaki berusia 23 hingga 59 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Keningau selepas didapati ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.
Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, sepanjang tempoh PKP Fasa tiga, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom sudah membuka tujuh kertas siasatan membabitkan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.3) 2020.
Katanya, kesalahan berkenaan juga boleh dihukum mengikut Peraturan 11, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000...
LELAKI DITAHAN MAKI ANGGOTA TENTERA
KANGAR: Seorang lelaki ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki anggota tentera ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di Kuala Perlis semalam.
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata dalam kejadian kira-kira 11.45 pagi itu, suspek warga tempatan berumur 35 tahun yang bekerja sendiri itu bertindak melempar kata-kata jelik kepada anggota tentera yang sedang bertugas.
“Kejadian itu berlaku apabila polis meminta kad pengenalan suspek namun suspek telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada seorang anggota tentera berada berhampiran,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Wari berkata...
PENGURUSAN PENYELENGGARAAN JALAN BERTURAP SABAH KURANG CEKAP, TIDAK CAPAI OBJEKTIF – AUDIT
KOTA KINABALU: Pengurusan penyelenggaraan jalan berturap di Sabah oleh konsesi atau kontraktor penyelenggaraan adalah kurang cekap dan tidak mencapai objektif penyelenggaraan jalan yang ditetapkan sepenuhnya, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018, Siri 2, dikeluarkan semalam, berdasarkan Road Condition Index pada 2018,55.3 peratus jalan berturap negeri berada di bawah skala 3 (sederhana) dan skala 4 (teruk) yang memerlukan penyelenggaraan berkala, manakala 4.5 peratus berada di bawah skala 5 (jalan tidak boleh disenggara) yang memerlukan kerja...
PRESTASI PELABURAN MUIS MEMUASKAN TAPI TIDAK DIURUS DENGAN CEKAP – AUDIT
KOTA KINABALU: Prestasi pelaburan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) secara keseluruhannya memuaskan berikutan pulangan yang menyumbang kepada kemantapan kewangan agensi itu, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018, Siri 2.
Menurut laporan itu yang dikeluarkan semalam, penyata kewangan MUIS bagi tahun 2016 hingga 2018 menunjukkan jumlah pulangan daripada pelaburan menyumbang antara RM7.47 juta hingga RM18.01 juta, iaitu 9.7 peratus hingga 17.7 peratus daripada keseluruhan pendapatan MUIS bagi tempoh tiga tahun itu.
Bagaimanapun, pengauditan dijalankan antara Oktober 2018 hingga Januari 2019 mendapati pelaburan...



















