Fardy Bungga
asiatimerp@hotmail.com
KOTA KINABALU: Seramai 52 individu termasuk dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keluar daripada rumah masing-masing tanpa alasan munasabah.
49 daripada tertuduh berusia antara 19 hingga 69 tahun itu mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles.
Tertuduh yang mengaku salah ialah Purudong Sapahani,Mohd Fouzi Mohd Sujeri, Mohd Sezalmie Mohammad, Crispin Kiwong, Patrick Kinsan, Salihan Mohd Saleh, Alfred Nicko Nuat, Mohd Al Asri Madri,Lerry Joy Benson, Mohd Danial Othman, Samsuddin Bin Salikin, Arson Dusup, Ibrahim Rahman, Alfie Abu Bakar Sidik, Jeffery Kori, Hilary Herie Jitilon, Mohd Syahrine Anwar, Abner Insam Nasaluddin, William Monceda, Kiting Juraman, Sitti Sahara Ahmad Jun, Ismail Hamsi, Muslimin Suddin, Darrynly Rex, Haren Suleiman, Azmin Morusing, Muhammad Nur Syahiran Zainuddin, Mohammad Shahfiq, Hairul Nizam Akmal dan Mohd Albin Abdillah.
Selain itu, turut mengaku salah ialah Shannon Pang Kuan Hing, Muslimansah Muluk, Muhd Azuan Morusing, Edwin Sagari, Ho Ka Chung, Rajim Walim, Hansar Abdul Kahal, Meljan Kamarudin, Jaison Abdul, Murpi Duriat, Desmond Timothy Jr Lim, Mohammad Masal Amir Lunda, Mohd Nur Ramdan Nilwan K. Uyong, Gajir Hasanil, Santosa @ Ali Bin Jonoh, Kristine Masungit, Mohd Azman Rahmani, Adnan Madsan Binsunari Amir, Abd Jaidi Abd Taat, dan Salbin Samla.
Tiga lagi tertuduh yang tidak mengaku salah dikenali sebagai Raja La Nondo, Sulura Samuda dan Jeffery Kori.
Sebutan semula kes untuk Raja dan Sulura ditetapkan pada 6 Julai depan namun mereka tidak dibenarkan untuk diikat jamin kerana tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah.
Manakala bagi sebutan semula kes Jeffery ditetapkan pada 7 Julai depan dan tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM2,000.
Sementara itu, Mahkamah menjatuhkan hukuman Perintah Kehadiran Wajib melakukan khidmat masyarakat selama empat bulan atau penjara tiga bulan jika gagal menuruti perintah berkenaan kepada 43 tertuduh dan hukuman berkenaan akan dilaksanakan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
Manakala sembilan lagi tertuduh yang tidak mempunyai dokumen sah dipenjara 14 hari bermula tarikh mereka ditangkap.
Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didapati melanggar PKP selepas gagal menunjukkan sebab munasabah dan mereka ditahan dalam rondaan yang dilakukan di beberapa kawasan di sekitar daerah ini.
Mereka didakwa mengikut Peraturan 3(1) serta Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip dan Amirah Muhammad Ali memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam.
Manakala tertuduh yang tidak diwakili memohon hukuman ringan kerana ada antara mereka yang sudah berkahwin, mempunyai anak, dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
Tamat





