THREE MEN FINED, JAILED FOR PLAYING GOLF DURING MCO
BATU GAJAH: A manager of a golf club and two others were sentenced to three days jail and fined RM1,000 each, in default two months’ jail, by the Magistrate’s Court here today for defying the stay home order by playing golf during the Movement Control Order (MCO) period.
Magistrate Nazratul Natrah Mohd Yusuf handed down the sentence on Low Teck San, 68, who is the golf club manager, unemployed Tan Chee Kean, 59, and tuition teacher Eugene Wong Yat Hoe, 37, after...
MAIN GOLF KETIKA PKP, TIGA LELAKI DIPENJARA TIGA HARI, DENDA RM1,000
BATU GAJAH: Akibat bermain golf semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiga lelaki masing-masing dipenjara tiga hari dan didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusuf menjatuhkan hukuman itu ke atas pengurus sebuah kelab golf, Low Teck San, 68, Tan Chee Kean, 59, yang tidak bekerja dan seorang guru tuisyen, Eugene Wong Yat Hoe, 37, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.
Mahkamah memerintahkan semua tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap iaitu semalam dan...
PKP: EMPAT WARGA ASING DIDENDA RM1,000 KELUAR GUNTING RAMBUT
KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu memotong rambut di sebuah kedai gunting rambut, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua, empat lelaki warga India dan Myanmar masing-masing didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini.
Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu ke atas Nur Salam Nur Alam, 22, Roka Dhaniram , 23, Shankaralingam Prabaharan, 36, dan Thanga Raja, 33, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadap mereka.
Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara tiga bulan,...
9 Lagi Ditahan Langgar PKP
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
Kota Kinabalu: Sembilan lagi individu ditahan dalam operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga yang dijalankan sekitar ibu negeri, semalam.
Operasi berkenaan diketuai Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob selaku Pegawai Medan Operasi bersama tujuh pegawai dan 38 anggota.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi tertumpu di Bandaraya Kota Kinabalu dan beberapa lokasi sekitar termasuk Salut Commercial Centre Sepanggar, Pekan Telipok, Penempatan Telipok, Pekan Menggatal dan Pekan Inanam.
Katanya, hasil operasi ini, sembilan orang awam...
SCCC Sumbangkan Bantuan Makanan Kepada Parlimen Sepanggar.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
Kota Kinabalu: Dewan Perniagaan Cina Sabah (SCCC) menyumbangkan 100 beg bantuan makanan dan 2,000 topeng muka kepada Parlimen Sepanggar untuk diedarkan.
Bantuan yang berbentuk bahan makanan asas itu termasuk beras, minyak masak, tepung dan gula serta 1,050 kilogram ikan basung.
Semua sumbangan berkenaan diberikan bagi membantu meringankan bebanan masyarakat yang kurang bernasib baik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Azis Jamman berkata, beliau amat berterima kasih kepada SCCC kerana bermurah hati menyampaikan sumbangan berkenaan.
Katanya, beliau berharap akan...
Warga Emas Ditemui Tinggal Tulang.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
Beaufort: Seorang lelaki terkejut selepas melihat abang kandungnya yang tinggal sebatang kara ditemui tinggal rangka di rumahnya, Batu 3, Kampung Padas Valley, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, lelaki berusia 65 tahun terbabit dikatakan pergi ke rumah abangnya kira-kira 50 meter dari rumahnya untuk menghantar makanan.
Bagaimanapun, sebaik masuk ke rumah berkenaan ke rumah, dia terkejut apabila melihat mayat tinggal rangka yang dipercayai abang kandungnya.
Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, mangsa yang...
Premis Judi Online Dikesan Beroperasi Dalam Tempoh PKP.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengesan lapan premis penjualan prabayar judi atas talian cuba beroperasi dengan berselindung disebalik perniagaan kedai runcit.
Semua lapan premis ini dipercayai ‘berdegil‘ menjalankan operasi untuk mengaut keuntungan dengan mengambil kesempatan mengisi masa lapang pemain judi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman berkata, semua premis berkenaan terus diarahkan tutup dan telah dirujuk kepada pihak polis.
Katanya, lapan premis yang dikesan membabitkan lima di sekitar Inanam dan masing-masing satu...
Dua Wanita Ingkar PKP Ditahan.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
SIPITANG: Dua wanita ditahan selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam pemeriksaan di Jalan Batu 7, Sindumin, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.30 petang, kedua-dua wnaita berusia 27 dan 37 tahun ditahan oleh Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh sendiri ketika bersama pasukannnya menjalankan tugas pemantauan Op Covid-19.
Champin ketika dihubungi berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek wanita itu menaiki kereta jenis Perodua Viva menghala dari Kampung Batu 1 ke kawasan Projek Ammonia dan Urea Sabah (SAMUR),...
52 Ditahan Hari Pertama PKP Fasa 3.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
Kota Kinabalu: Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah memasuki fasa 3, namun masih terdapat segelintir masyarakat yang masih ingkar terhadap penguatkuasaan undang-undang berkenaan.
Pelbagai alasan digunakan untuk melepaskan diri dari ditahan, namun ketegasan pihak polis terbukti dengan penahanan 52 individu pada hari pertama PKP fasa 3.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, polis yang membuat sekatan jalan melakukan pemeriksaan ketat bagi mengelakkan masyarakat mengambil kesempatan melanggar arahan PKP sesuka hati.
Katanya, sebaik memasuki fasa baru ini, Ibu...
SABAH SEDANG SEDIAKAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah sedang menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi bertujuan merangsangkan pertumbuhan dan mengukuhkan lagi daya tahan ekonomi negeri berikutan penularan wabak COVID-19, kata Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Beliau berkata, objektif utama pakej kedua berkenaan adalah untuk menyuntik keyakinan para pelabur dan komuniti perniagaan terhadap pertumbuhan ekonomi negeri sebaik sahaja tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
“Kerajaan perlu membantu para pelabur dan komuniti perniagaan bukan sahaja dalam usaha pemulihan, tetapi juga untuk memastikan perkembangan dan kesinambungan halatuju...


















