PAPIM anjur Gegar Takraw Merdeka Membakut 23-24 Ogos depan

KINARUT: Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak-Anak Pimping Kota Kinabalu (PAPIM) akan menganjurkan Gegar Takraw Merdeka Membakut pada 23-24 Ogos akan datang.
Pengerusinya Haji Ahmad Dipong berkata pertandingan sempena Hari Merdeka bagi merebut Piala Penaung PAPIM, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif ini akan dilangsungkan di Dewan Sri Wawasan Kg Pimping Membakut.
Beliau berkata satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Penolong Setiausaha, Nor Isham Narawi telah dibentuk dan kejohanan ini mendapat kerjasama Persatuan Takraw Negeri Sabah (ASTAKA).
Ahmad berkata Nor Isham bersama Setiausaha Agung PAPIM, Ali Hussein Hj Matnor, Pengerusi Biro Sukan, Ali Omar Salleh, AJK Ag Jainal Hj Jalani dan Ag Ghazali Ag Ghani@ Tuan Carlos telah mengadakan beberapa siri perbincangkan dengan ASTAKA untuk membincangkan penganjuran kejohanan yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan ini.
” AJK PAPIM Pusat akan terlebih dahulu membuat kunjungan kepada Penaung PAPIM yang juga Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Hj Mohd Arifin dalam masa terdekat,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat AJK Tertinggi PAPIM di sini.
Beliau berkata format pertandingan dan syarat- syarat pertandingan akan diumumkan kemudian.
“Ini adalah antara program terbesar PAPIM tahun ini selepas berjaya mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAPIM beberapa bulan lalu dan akan meneruskan program Baurung-Urung PAPIM hujung tahun ini,”tambahnya.
Beliau yakin dengan kerjasama erat semua AJK dan sokongan padu ahli-ahli PAPIM setiap program yang dirancang akan mencapai kejayaan.
Ahmad berkata banyak lagi perancangan sudah disusunatur dan akan dilaksanakan satu persatu sepanjang tahun ini dan tahun depan.
Turut hadir pada mesyuarat itu Naib Presiden PAPIM, Nismah Hj Kanak, Bendahari Awang Kassim Hj Ismail,Ketua Penerangan, Hj Mohd Hj Muin, AJK Ag Jaluddin Ag Salleh, Hj Ismail Hj Baniamin dan Nazerah Nizam.-Oleh HJ AMIN HJ MUIN.

TERBAIK…Pengerusi dan AJK PAPIM bergambar kenangan selepas mesyuarat berkenaan.